Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Friday, May 29, 2009

Haruman di laman.

Dah mula nak kumpul bunga² wangi pulak. Tapi koleksi belum banyak, baru ada melur, ginger lily, bunga tongkeng dan roses. Bercadang nak tambah kenanga, kesidang, akar dani, cempaka...erm apa sajelah yg wangi² nih.

Ginger lily,



Pokok bunga tongkeng, pemberian Sofiera, belum pernah ku temui di mana² nursery. Baunya, Masya-Allah memang harum semerbak terutamanya menjelang senja.

Pokoknya,



Close up bunganya,

Roses, aku baru ada 5 pasu besar dan 6 pasu kecil berlainan warna. Aku aku masih kurang skills untuk menjaga rose hibrid, memanglah dia rajin berbunga tapi bunganya keluar selepas tinggal dgn aku, kecil dan tak berapa cantik. Jadi aku prefer rose kampung.....(rose pun ada kampung and bando yek..)
Ini rose dr pasu besar, yg juga bermakna yg dibeli. Yang pasu kecil semuanya semai sendiri dengan ehsan orang yg memberi cuttingnya.


Rose kuning ni baru seminggu menjadi warga rumahku.



Si merah ni aku suka sangat sebab bau sirapnya kuat...memang wangi. Cuma bunganya tak tahan lama sangat. Sehari dia kembang esok dah terburai...kih..kih...kih...

2 comments:

fatim-intan said...

ya Allah shida cantik2nya ros tu.
akak teringin nak tanam tapi dah x leh dah, kawasannya tak de..

sha said...

aku berkenan semua pokok ko... hehehe