Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Thursday, March 13, 2008

Cymbidium Finlaysonianum

Kesempatan pulang ke kampung abang tidak ku sia-siakan untuk mencari orkid. 2, 3 hari juga ku usha orkid yang ada di sekitar kebun getah di sana....akhirnya ku minta abang berhenti untuk melihat pokok orkid yang terdapat di situ.

Yezzaaa.....itulah dia Cymbidium Finlaysonianum....besar rumpunannya di atas pokok getah.

Aku dah ada sebenarnya hasil pemberian Shah, tapi tetap ambil sedikit sebagai kenangan untuk dibawa pulang ke Cyberjaya.



Ini pokok yang dah berbunga di rumah Shah..sebelum Shah potongkan 3 ubinya untuk aku.

Ctna Starrlyn Butterfly

Cattleya ini ku beli dari Nursery Orkid Zaleha di Ijok. Aku beli cutting saja, boleh jimat duit..he..he...

Tak lama kemudian, dia berbunga, lihatlah sendiri kecantikkan itu. Bunganya long lasting juga....

Hydrangea @ Bunga 3 Bulan @ Bunga Zaleha

Asyik-asyik orkid jer...pokok lain tak tanam ker?

Ada...

Aku juga amat meminati Hydrangea...bunga ini bertahan lebih dari 3 bulan sebenarnya....
Walaupun pada mulanya agak jenuh nak tunggu dia berbunga, tapi selepas dibelai-belai...insya-Allah, dia takkan menghampakan kita. Syukur dan puas bila pokok yang ditanam berbunga...

Kali pertama nampak putik begini.....seronok betul rasanya. Petanda dia akan kembang mekar ....



Maaf, aku kurang pasti berapa lama dari putik menjadi mekar begini...tapi aku rasa lebih dari 2 bulan juga. Light purple....juga kelihatan agak pinkish.



Kemudian dia bertukar warna menjadi hijau pula...hu..hu....dah sama kaler dgn daun pulak.





Bungaku, terima kasih kerana berbunga....dan menghiasi laman balkoni ku.

Wednesday, March 12, 2008

Idaman hati yang belum tercapai

Semuanya ini bukan milikku lagi..gambar dirakam di Nursery Orkid di Serdang....

Kredit to Juliana sbb tolong snap gambar bunga yang cun.....

Gaji bulan berapa ekk yang akan ku habiskan untuk membeli yg ini ....





















My collection of Phaleanopsis

Dahulunya aku tak berani nak beli phaleanopsis dewasa kerana harganya dan juga takut dicuri orang.

Selalunya cuma mampu beli baby phal jer...

Tetapi kini tidak lagi....kalau hati dah berkenan, beli jer...he...he...duit habis tapi hati puas takpe...

Koleksi yang dewasa belum byk lagi...baru ada beberapa saje..insya-Allah, akan sentiasa cuba menambah koleksi baru nanti.

Ketiga-tiganya beli dr En Shaiful dengan harga yang sungguh berpatutan.











Rhycostilis retusa 'Alba'

Pertama kali berjumpa dengannya, hati terus terpaut.....bukan setakat pada kecantikan, keharuman malah aku kagum pada ciptaan Yg Esa...Masya-Allah...

Photo ini aku snap semasa Pamera Orkid di SACC Mall, Shah Alam. Ada terjual, tetapi saiznya kecil sedikit daripada pokok yang dipamerkan....berbunga tetapi harganya memang pengsan...hu..hu..hu...RM230.

Alhamdulillah, ada juga yang sudi menjual pokok ini padaku dengan harga yang jauh lebih rendah...siapa lagi kalau bukan pembekal orkidku, En Shaiful.



Ini dia pokoknya sewaktu baru sampai di office. Sekarang makin subur, akar baru semakin rancak keluar, hanya menunggu masa untuk berbunga jer...



Dendrobium Parishii....


Wajahnya manis, baunya harum...

Dendrobium Bigibum var compatum


Dendo ini dibeli dar Nizam, Kedah.
Pokoknya miniature saja...

Orkid dari Padang Besar, Perlis

Sekali lagi mengirim orkid pada Wanie yang pulang ke kampungnya. Katanya orkid di sana murah sebab banyak yang dibawa masuk dari Siam.

Wanie belikan 3 dendro dewasa dengan harga RM20 untuk 3 pokok dan anak dendro untuk RM10 untuk 6 pasu.

Dendro dewasa yang sedang berbunga....

Yang lain belum ada bunga.






Ini salah satu drp yg baby tu dah berbunga sekarang....


Orkid yang dibeli di SACC Mall.

Keduanya ku beli semasa Pameran Orkid di SACC Mall, Shah Alam.




Rupanya yang ini spesies Talumnia...spikenya panjang....

Orkid from Sabah..berbunga jua akhirnya dia.

Orkid ini dibelikan oleh Bicalcarata dr Sabah. Tak sangka dia berbunga.....seronoknyaaa....

Bulb Purpurascens



Bulb. microglossum,

Sebelum....


Selepas.....cantiknya, baunya memang wangi.






Hadiah dari seorang teman....

Alhamdulillah...rasa bertuah bila teman-teman yang lain juga meminati orkid.


Boleh buat barter trade...he..he..

Cattleya ini pemberian Iza Azwati yang telah berkunjung ke rumahku ahad lepas, 9/3/08.

Terima kasih daun keladi...kalau ada lagi naklah lagi...he..he..he..bertambah juga koleksi cattleya ku..dulu takut nak bela sebab mahal....


Ini dia pokoknya, tengok tu dah ada putik berbunga...



Kalau dah kembang nanti, macam nilah rupa parasnya..



He..he..he..bunganya yang dah kembang...cantik..

Orkid From Segamat...

Assalamualaikum..agak lama tidak menulis di sini...

Kredit harus diberikan kepada Kak Ju keran abegitu prihatin snap gambar orkid yang dijumpainya.

Cattleya ini dijual di nursery yang berhadapan dengan Hospital Segamat. Cantik,kan...

Bila Kak Ju balik Segamat lagi nak kirimlah....

Ini ialah Miltonia,














Memang meleleh tengokkannya.....Masya-Allah, memang cantik..