Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Friday, February 24, 2012

Hoya waymaniae

Fuuhhhh......lama jugak saya menanti Hoya waymaniae ini membesar dan berbunga. Namun kesabaran selalunya akan menerima ganjaran kepuasan melihat bunga-bungaan yang kembang. Lihat saja bunganya, hati siapa yang tidak meruntun melihatnyaaa......huh...hu...masya-Allah, memang cantik. Berbaloi-baloi......


Alhamdulillah, pertama kali keluar peduncle terus menjadi bunganya.



Pada mulanya saya menyangkakan peduncle yang panjang itu ialah pucuk baru jadi saya pun cubalah melilitkannya di dawai penyangkut seperti kebiasaannya. Tapi ia tak mahu melilit, ah....malas nak layan biar jelah.



Mari kita nikmati keindahan bunganya pula, cantikkan......





Seperti yang kita sediamaklum, hoya perlu 'didera' supaya dia berbunga, begitulah yang saya lakukan pada pokok ini, lihat saja kesan kemerahan pada daunnya menanda dia menerima cahaya matahari secukupnya.




Saya berharap agar koleksi hoya lain yang belum pernah berbunga akan cepat berbunga supaya keindahannya dapat dikongsi bersama.




Friday, February 3, 2012

Phal David Lim

Apa lagi nak kata apabila pokok yang ditunggu² untuk berbunga tiba² sahaja berbunga? Alhamdulillah, syukur.....phal ini dibeli dari Kak Tina kira² setahun yang lepas.


Bukanlah Phal David Lim tiba² saja berbunga, cuma saya tidak perasan ada 2 spikes baru yang naik, sebab selama ni dok tengok spike yg 1st keluar tapi sekarang dah kering. Mulanya saya terbau haruman yang amat nyaman baunya lalu tercari² dari mana datangnya ia.

Spike yang ini saje ada 4 kuntum dan ada 1 lagi spike baru bakal menguntum tak lama lagi. Total semua ada 3 spikes.......











Nasib baik saja akarnya dah melekat/melilit pada pasu orkid yang lain, kalau tidak mahu saja dibawa masuk ke bilik tidur!


Dendobium lampongense

Aku suka sangat dengan Dendrobium lampongense ini, suka sebab bentuk yang comel, umpama loceng ketika masih kudup serta warnanya yang amat lembut.

Aku kurang perasan yang ia telah berbunga, tiba² hatiku bagai terpanggil untuk melihatnya....yessss, alhamdulillah, dah berbungalah......






Dendro ini kubeli dari Kak Esah

dan aku juga sudah menempahnya jika ada stok baru. Biarlah tamak apa pun...yang penting gembira...yehaa.........

Thursday, January 19, 2012

Hoya noId tapi bunga mirip kepada Hoya Australis

Hoya noId ini berbunga dengan sangat meriah selepas beberapa abort. Mungkin dia masih dalam keadaan nak menyesuaikan dirinya dengan cuaca di tanah rendah ini (untuk pengetahuan ia diambil dr CH).

Alhamdulillah, semaian dari cutting yang diberi oleh mat bangla nursery yang berkenaan hidup tanpa banyak karenah. Sekarang dia sudah menjalar dengan sesuka hatinya (erm, pokok ada hati ke?) ke kawasan yang berhampiran.

Bunganya seperti Hoya Australi tetapi daunnya berbeza iaitu daun Hoya Australis lebih bulat seperti daun Hoya Obovata tetapi jenis ini lebih panjang dan runcing.





Close up bunganya, oleh kerana kedudukannya yang tinggi, begini sajalah hasilnya.



Ini pokoknya, dah ada rumpai yang menumpang pun payah nak cabut buang sebab pasunya digantung tinggi.

Hoya Cororania White

Assalamualaikum semua.

Lama sungguh membiarkan rumah ini bersawang dek kesibukan di pejabat katanya...he...he....

Nak share di sini yang Hoya Cororania White yang diambil di Rompin telah berbunga sebenarnya untuk kali kedua di peduncle yang sama.

Seronok rasanya sebab dia ambil tempoh masa yang agak panjang untuk berbunga selepas ditanam dari keratan batang.


Bunganya sebelum kembang, cuma 2 kuntum saja yang menjadi, selainya abort.



Bila dah kembang, hati pun mengembang keseronokkan....itulah nikmatnya menanam pokok.



Alhamdulillah.