Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Friday, June 26, 2009

Seronoknya shopping release tension

Duduk lama² kat ofice ni memang boleh membuatku jadi tension.....ha...ha..ha...


Jadi, untuk peminat munger seperti aku ini kalau rasa stress kena pegi tengok bunga dan beli pokok dan selepas itu barulah lega fikiranku ini.


Aku dah aim nak pegi nursery di Cyberjaya ni sejak isnin lagi cuma jumaat barulah berkesempatan sebab waktu rehat yg lebih panjang.


Yang aku aim ialah bunga raya. Awal bulan aritu pegi dah petang so kebanyakkan bunga dah kuncup.


Yang aku nak sangat ialah si kuning ini. RM8. Taraaaa......


Si merah ini terbeli jugak apabila melihat kelopaknya berlapis. RM5.


Oleh kerana aku banyak masa, jadi aku sempat menelek setiap pokok dan bunga yang terdapat di situ. Telek punya telek terjumpa hoya Shooting Star ini. Hah, apa lagi rembat jelah,kan. Yang seronoknya bila nak bayar harganya cuma RM9. Sangatlah murah.



Ini kudup bunganya.


Pokok yang menjadi pilihanku ialah yang paling tinggi dan banyak dahan juga yang mempunyai buds. Tak sabar nak tunggu dia kembang.

Apabila ku tepek gambar dan harga di forum, tak sangka ramai yg berkenan dan terpikat pada harganya. Ha...ha....ha...aku bakal mengulangi ke sana untuk beli lagi hoya ini.

Adakah ini juga hoya? Aku tak jumpa bunganya tapi corak daunnya cantik.



Hoya ini sebenarnya diberitahu RM9 tapi bila bayar RM8. Wah, murahnya, syok betul aku. Tapi hoya ini tidak begitu terjaga, tidak digantung dan hanya dibiarkan merayap di atas pangkinnya. Puas aku menarik pucuknya yang panjang itu. Sayanglah kalau aku nak potong.


Ermmm......total semua yang aku beli RM30. Bolehlah dianggap sebagai hadiah harijadi untuk diri sendiri pada 27th June ini.....ha..ha..boleh ker macam tu?

Thursday, June 18, 2009

Mawar kuning




Masa beli daunnya cantik, sekarang dah diserang belalang, agaknya. Dah sembur malathion...nampak gaya kena ulang malathion lagi supaya selamat dr gangguan.
Sekarang ni banyak belalanglah kat rumah, bukan setakat daun pokok misai kucing, roselle, bunga kantan & calathea yg dibahamnya, pokok rose juga menjadi mangsanya.
Sedeyy...

Monday, June 15, 2009

Bukan cerita orkid..

Japanese rose.....
selepas letak baja serbajadi foliar, bukan main mencanak² pucuk baru naik. Alhamdulillah, sekarang dah merimbun, boleh ditrim dan semaikan pada pasu baru nanti.



Yg ini pemberian Kejariah.....


Lantana, sekarang pun kena beli...


Tapi tak mahallah, RM3 jer.

Bunga raya pink idaman sekian lama,


Bunga raya hawaiian katanya.....suka sebab berlapis².


Lepas ni nak kumpul hibiscus lagi....

Monday, June 8, 2009

Bellina seedlingku dah pandai berbunga....

Apa yang paling seronok untuk pencinta orkid?

Mestilah pokok kesayangannya berbunga.

Bellina 'yan' ini (aku sendri memandai kasik dia taraf 'yan') sebenarnya bersaiz seedling. Harga seedling berapalah sangat,kan.....x sangka lepas tu dia ada spike. Mesti aku teruja,kan....

Tunggu punya tunggu, akhirnya dia kembang. Bellina pink rupanya....wah, cantiknya menawan kalbu.

Ini gambar 1st yg aku snap, masa tu dah malam dan aku x sabar nak tunggu siang.


Ini pula gambar selepas beberapa hari, waktu siang.


Violacea di sebelah kanan tu sejak beli memang ada keiki. Sengaja beli pokok yg ada keiki, kononnya dapat 2 lah. Tengoklah tu, keiki dia pun dah ada spike baru...mana aku tak syiokkk......
Phal hibrid tu pula kembali berbunga dar spike lama. Ada 2 spikes, spike yg satu lagi pun dah ada buds.
Moral value: seronok bela bunga nih....

Tuesday, June 2, 2009

Cerita demam dan bunga-bungaan.

Adat manusia, sakit pening tu perkara biasa. Aku memang jarang sekali demam, dalam setahun mungkin 3 kali je kot......peruntukan mc memang tak pernah lebih dr 20% penggunaannya, alhamdulillah.

Tapi sekali dah demam, memang teruklah jugak penangannya. Sakit kepala jgn cakap, sakit pinggang sengal semua ada. Completed set.

Hari pertama mc memang tak larat even nak pegang hp sms office kata mc. Kenalah mintak tolong abg posmen sampaikan pesan.

Nasihat doktor, banyakkan makan makanan masin cthnya ikan masin atau telur masin sebab tekanan darah aku terlalu rendah dan tak pernah naik dalam rekodnya. Isy, aku memang pantang kalau masak terlebih masin, bukan per, tekak susah nak terima. Jadi aku kena rajin makan telur masin atau ikan masin supaya naiklah sikit tekanan darah aku tu.

Hari kedua mc baru larat nak jengah laman. Isy, macam setahun tak tengok laman, rindu.....bukan per menanti bunga kembang di laman. Cewahhh.....


Antaranya, rose hibrid aku yg tak berapa sihat nih. Sedihlah, aku memang gagal menanam rose hibrid.



Vanda ni pertama kali berbunga selepas beli cutting di Rawang, entahlah, dekat 2 tahun lebih jugak rasanya. Seb baik warnanya warna kegemaranku, cokelat....


JR memang tak putus berbunga,


Lily amarylisku, wahhh.......lily pemberian Kak Ju dr Segamat dah kembanglah. Aku jadi teruja bila melihat kudupnya berwarna merah. Seronok sangat, seronok sebab foc ahakss....




Bunga raya ni aku tak ingat cuttingnya diberi oleh siapa, samader Cikna atau Iza.



Ahad lepas singgah nursery otw nakke Kundang kenduri kawen anak sedara Abang Izan, benda alah ni mengeluarkan wap air, ermm....boleh tak guna untuk sejukkan orkid?



Aku menggiler tengok kekwa cantik-cantik kat situ. Menggiler jugak sebab reganya cuma RM5 per pot.





Tapi aku tak beli pun sebab takde tempat yg sesuai nak letak, takut mati pulak.Yelah, rumah aku tu ,kan panas...kering jer pulak tuh....hik..hik..hik....

Nantilah, sabar-sabar dulu tunggu masuk rumah baru. Oh ye, sempat jugaklah kami menjengah rumah kami tu kelmarin, dah pasang tingkap beb, wah..seronoknya dlm hati.

Cepatlah rumah aku siap.....