Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Saturday, February 5, 2011

Hoya Imperialis


Masya-Allah, memang cantik ... memang menawan hati yang memandang kepadanya. Walaupun dibeli dari kawasan beriklim sejuk (iklim sejuk di Malaysia jer...he..he...) namun tiada masalah untuknya berbunga secantik ketika di sana.
Kalaulah ia boleh dibawa ke office, alangkah bahagia memandangkan situasi di office yang tidak lagi membahagiakan....uwaa........

Wednesday, February 2, 2011

Selain orkid dan hoya!

Asyik-asyik pokok bunga, takde pokok lain ke?

he...he....mestilah ada walaupun tidak seberapa, cukuplah sekadar memenuhkan ruang di belakang rumah.

Bekas tong cat yang kosong memang takkan di buang...sayang tuu.....boleh dikitar semula untuk penanaman sayur dan juga cili. Kalau nak guna buat tanam pokok bunga pun boleh juga cumakurang glemerlah....he..he...he...

Jom melawat kebun sayur saya.

Ulam selom, ditanam melalui keratan batang yang direndam sehingga keluar akarnya. Kuat minum air sama macam kesum.



Ini pula sawi. Juga saya tanam melalui batang. Cuma cucukkan batang sawi ke dalam tanah dan tak lama lepas tu keluarlah daunnya. Setakat nak masak mee goreng, cukuplah. Tak lama lepas tu pokok ni akan berbunga dan menghasilkan biji benih.




Seronok bila pokok pauh dah berbuah. Buat masa sekarang, di rumah saya ada 4 pokok pauh yang ditanam, 3 pokok di hadapan dan 1 di belakang. 2 di antaranya dah berbuah. Rasanya memang sedap, alhamdulillah.


Delima ni sangat sedap, manis dan rangup.....



Pokok cili ni hidup di dalam pasu bunga hasil dari campakkan biji cili ke dalam pasu. Jadilah walau buahnya tidak lebat, untuk dimasukkan ke dalam budu sebagai pencicah.



Kacang botol ni selalunya tak lama di pokok, besar sikit saje nak menjadi santapan.



Tak sangka, pokok cili yang disangkakan cili solok lada rupanya pokok capsicum. Risau juga sebab pokoknya masih kecil tapi dan berbuah. Takut tak dapat menampung buahnya.





Berbudi pada tanah memang lumayan hasilnya. Cuma kadangkala yang menjengkelkan hati ialah serangan serangga, ulat bulu, bena, semut dll pada pokok-pokok yang ditanam.
Sekarang ni tak sabar nak menunggu pokok pisang berangan dan pisang embun berbuah!