Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Thursday, January 22, 2009

Nota hari ini,

Aranda = Arachnis X Vanda
Aranthera = Arachnis X Renanthera
Ascocenda = Ascocentrum X Vanda
Holttumara = Arachnis X Renanthera X Vanda
Kagawara = Ascocentrum X Renanthera X Vanda
Mokara = Arachnis X Ascocentrum X Vanda

Monday, January 19, 2009

Puasa yang terbabas....

Aerides, RM20. Wangiiii....dari Hexagon Nursery.

Cutting vanda RM15, Far East Nursery.
Dendro liberty, RM10-Far East Nursery.
Puasa ker mcm nih?ha..ha..ha.....

Friday, January 16, 2009

Puasa tapi abiss RM94 gak...hu..hu..hu...

Catasetum, RM18.


Phal, RM15.

Epidendrum Stanfordianum RM30.

Vanda luzonica, RM30. Thanks Harris & Khairi yg beritahu namanya.

Moss RM10, pasu RM3...alamak, auntie ni dah salah kira kat akulah...dia kasik diskaun RM12 semuanya...RM2 tadi mmg dia dah kurang...yg RM10 tu? alaaa..malasnya aku nak bayo hutang kat auntie nih....

Thursday, January 15, 2009

Campo²

Miltonia,


Lipstick Plant From Paradox@H.Michael, Sarawak.

Spider Lily from Mhatta, Taman Pinggiran Putra.

Bunga raya@hibiscus from Iza Azwati, Cheras.


Oncidium Josephine from Mya, Shah Alam.



Phaius tankerville, Serdang Nursery.Rm20.



Catasetum, Serdang Nursery.



Bunga raya@hibiscus from Cikna, Bangi.



Rose kampung pink...ahaks, kutip batang yg dibuang dr Taman Desa Dengkil.


Cheers!

Wednesday, January 14, 2009

Lihatlah bunga²ku yg unik ini...



Unik tak?
Gambar pertama ialah anosmum yg ku beli di Sabah bulan lepas. Alhamdulillah, tinggal tunggu buds kembang saje tapi malangnya hanya sekuntum yg kembang, buds yg lain kering. Takpelah, aku faham, dia agaknya stress setelah melalui perjalanan yg jauh. Jangan gelak, stress ini memang benar² terjadi.
Gambar kedua ialah Phal Bellina. 2nd time berbunga. 1st time bunga dia normal tapi kali ini kelopaknya tidak terputus. Aku tunggu lama tapi dia masih begitu. Sajelah tu dia nak berikan kelainan kali ini.
Apa pun, aku cukup puas apabila orkidku berbunga tidakkira bagaimana rupa parasnya, normal atau abnormal atau kalau mutant lagi baik!

Hasil dari berkelah!

Aku memang suka berkelah...ha..ah..ha..sebenarnya ada udang di sebalik mee..
Sebab ... kawasan perkelahan selalu di dalam hutan dan hutan selalunya banyak orkid....hu..hu..hu...pucuk dicita ulam mendatang.

Ha nak tunjuklah hasil perkelahan aku kali ini,

Caelogne rochu (singkatan jer, sbb aku tak ingat ejaannya), aku rasa aku dah ada tapi biasalah,kan..tamak menguasai diri...


Aku ingatkan babies phals, tapi rupanya Pteroceras pallidum. Aku dah google untuk lihat bunganya, wahh...memang marveles cantiknya.


Ini belum diberitahu namanya. Dah ada spike, tapi halus gitu.


Ini pandurata....alamak, aku lupalah pandurata apa. Ini agak banyak, dah janji nak kasik kat Tteja 3 bulb.


Yang bestnya kali ini, abang yg beria-ia menunjukkan kepada aku, Ma, tu orkid,kan. Nak tak? Abang pegi ambik eekkkk....isy, mestilah aku nak,kan. Rezeki depan mata.

Tapi petai ni memang tak tercapai tangan nak ambik...he..he..tinggi melangit. Tapi mesti owner resort ni yg punya.Patutlah hidangan lunch ada sambal udang petai, rupanya petai petik sebelah jer.

Aku memang berkenan dgn yg ini, tapi bukan dok dlm hutan atau tepi sungai, tapi kat tepi dapur memasak. Mestilah dah ada owner. Nak carik lagi dlm hutan tapi tak jumpa...hu..hu..hu..tgk & ngences jelah.

Moral value, bagi peminat orkid kalau pegi picnic, panjang²kanlah leher tu melihat apa yg ada diatas pokok....he..he..he...

Tuesday, January 13, 2009

Bakawali

Pernah dengar lagu Bakawali dendangan Siti Nurdiana & Syura?
"Bakawali hai bunga bakawali
Kembang mekar di malam hari...
Di malam hariii...."
Pokok bunga bakawali ini di kenali juga dengan nama saintifik nya Epiphyllum anguliger. Nama lain bagi bunga ini juga ialah ric rac cactus, moon cactus dan queen of the night.(kredit to shah)
Inilah kejutan sepulangnya aku dr Kk. Selain rindu yg amat sangat pada suami & anak², aku juga amat merindui 'anak²' yg di luar rumah..he..he..he...semestinya tanaman aku di luar rumah itu. Alangkah bahagianya apabila bunga yang ditunggu² selama bertahun telah kembang...
Alhamdulillah, masih ada kesempatan aku melihat kecantikkannya w/pun matahari semakin meninggi.




Ada lagi 1 bud yg juga menunggu masa untuk kembang...malangnya apabila aku menziarahinya, dia telah pun layu....




Aksi dari pelbagai sudut sebelum ianya layu...

Monday, January 12, 2009

Bila mama pegi jalan, mcm ni pulak jadinya!


Sedihnya lihat nasib 2 vanda nih sekembalinya dr Kk...uwaaa.....abis dimakan ulat. Geramnya, patutnya bunga nih tahan lama, tapi bila dah habis rompong ginie, aku pun kerat jelah ....dan ulat²nya abis ku kerjakan...
Berani sungguh dia menodai vanda kesayanganku itu...

Jalan² carik Orkid Borneo.

Alhamdulillah, sekali kali dimurahkan rezeki untuk aku menjejakkan kaki di bumi Borneo. Kunjungan kali ini memang tidak ku sia-siakan untuk membeli...atau istilah sebenarnya borong kasik habis orkid yg dijual di Pasar Tamu, Jalan Gaya, Kota Kinabalu....

Bertolak dari LCCT 6.50am. Sepatutnya nak naik MAS, flight awal 4.5am, tapi rupanya telah dibookingkan Air Asia. Tak kisahlah, janji sampai. Lagipun pasar tu tutup jam 12.00tgh ke atas.

Jadi, inilah sarapan aku yg ku pesan. Makan siap² supaya sampai saje boleh terus ke pasar.


Selesai check in di Hyatt Regency Hotel, kami mula menapak menuju ke pasar. Oh..rupanya dekat sgt dengan hotel. Kalau sebelum ini tinggal di Berjaya memang jauh sangat....tinggal di Promenade pun jauh jugak, kena naik teksi tapi kali ini jalan kaki pun sudah sampai. Payung pasar boleh dilihat dari hotel penginapan kami.

Sedang mencari orkid, ternampak Japanese Rose yang dijual secara cutting begini. RM1 utk 1 ikat. Bagus idea ni, kat semenanjung belum pernah jumpa orang menjual begini.
Inilah yang ku cari,
Inilah yg kuidamkan...dah jumpa penjual orkid hutan...yahooooooooo........

Pilih..pilih.....(ops, masa membeli nih aku dah tukar slang sabah, belajar dar H.Michael@Paradox, so diorg ingat aku dari Labuan...last sekali baru bgtau dr KL...)


Dendro apa ntah nih, mmg cantik tak beli sebab dalam pasu. Camner nak bawak balik,kan...


Begitu juga dgn slipper orchid ni, very very rare katanya..alamak, cam nyesal pulak tak beli.

Penjual di sini jual orkid berdasarkan gambar sebegini...taktaulah betul ke tak gambar dengan pokok yg dijual, beli jerkk..sebab murah sangattttttttttt...........



Bulbo ni dah established kat batang kayu, so takleh nak dibeli. Berat nak bawak balik kayu, sayang & kesian kat dia kalau nak dipisahkan dr kayu tuh..takut nanti dia menyanyi, jangan pisahkan, aku dan diaa.....he..he..he....

Inilah wajah² penjual orkid di sana, semuanya saling bantu membantu melayan customer yg sorang nih, tiada dengki mendengki sesama sendiri. Baguslah mereka ini....



Akak kita nih tgh mengemas orkid untukku bawa pulang ke hotel.

Phals untuk dipilih, tapi sampai tak terpilih...ala, cam nyesal tak beli phals banyak².....

Basket ni diletakkan khas di depanku untuk dipilih...hu..hu..hu...

Phal ni RM50. Katanya memang worth it kalau belinya. Besar sangat,kan...cuma terfikir camner nak bawak balik rumah.


Orkid
ular@paraphaleanopsis...RM70 dia offer. Takmolah, dahlah besar sgt dan mahal..he.he...sebenarnya aku dah ada, dari Sabah juga. Jadinya takdelah mengidam sangat.


RM15 untuk 3 pokok yg telah dilekatkan di fern. Tak beli, sekarang nyesal....



Lagi untuk dipilih,







Kak Ju memegang phal berharga RM50.


Bersama kakak penjual orkid,



Inilah orkid ular tu,



Yg telah selamat dibawa balik ke hotel. Bayangkan mcm mana aku bawak balik smeua tuh dengan berjalan kaki dari pasar...semestinya dengan bantuan Kak Ju dan mamat penjual tu.



Setelah selamat sampai di hotel, punyalah pening nak asingkan ikut kiriman orang..hu..hu..hu...sampai ke tgh malam buat keja ni sebab esok awal pagi dia nak terbang ke rumah 'mama'nya di Paya Indah Wetlands.


Eria sp,



Dendro sp,




Variety orchids,


Caelogne,



Yg dah masuk ke dlm kotak,



Dendro lamellatum,
Ada lagi yg belum kembang, he..he..he...





Beginilah rupa kotak yg hampir terburai...hu..hu..hu..seb baik tak kena curik orkid aku tuh,


Isi kandungan dlm kotak yg telah dikeluarkan separuh,



So kena rendam dia dalam setengah jam untuk segarkan dia semula,



Untuk clump yg besar tu, terpaksa rendam dlm tong hitam besar nih,



Tengoklah tu, banyak lagi yg belum keluar dari kotak.


Rupanya ada ikut berhijrah dr borneo..he..he..he...


Caelogne multonii,




This big clump only cost me RM15

Trichoglottis,


Untuk episod memasu, menggantung, menepek akan bersambung kemudian...tunggu.