Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Thursday, May 12, 2011

Jom Miliki Buku Teknik Menanam Dan Menjaga Orkid

Syabas dan tahniah diucapkan kepada sahabat orkid, Sdr Khairi Nordin kerana telah berjaya menulis sebuah buku berkisarkan penanaman dan penjagaan orkid. Perkongsian ilmu ini tidak harus disia²kan kerana manfaat yang pembaca perolehi lebih daripada harga yang perlu dibayar untuk membeli buku ini.



Yelah,kan.....buku ini cuma berharga RM21.00 kadangkala kita membeli pokok lebih dari RM21 tetapi kerana kurangnya ilmu serta panduan menjaga pokok, orkid yang disayangi memilih untuk ke syurga. Diri sendiri yang melopong jadinya...he..he..he...(pengalaman sendiri hik..hik..hik...)


Insya-Allah, segala permasalahan akan terjawab di dalam buku ini, jadi apa lagi, dapatkannya dengan segera dengan menghubungi penulis di http://tangansejuk.blogspot.com/







Oh ye, kalau anda sedang menyelak helaian di dalam buku tersebut dan menjumpai gambar di bawah...he..he...saya pun nak interfrem jugak yee....No 1 dr kanan.





Beli jangan tak beli.....