Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Monday, December 20, 2010

Bulbophyllum auratum pink

Bulbo ini dibeli dari rakan baik. Ia hidup pada sebatang kayu jadi terpaksalah kayu balak ni disimen dalam pasu.

Tidak lama selepas dibeli, ia pun berbunga, w/pun cuma sekuntum (mungkin masih dalam proses menyesuaikan diri di tempat baru) cukuplah untuk ia menunjukkan bunganya.






Bunga dari bahagian bawah.



Bunga dari bahagian tepi.

Buat masa sekarang, aku menyemburnya dengan seaweed dan juga baja menggalakkan pertumbuhan. Dengan harapan, lebih banyak keiki baru tumbuh serta menyuburkannya sebagai persedian untuk berbunga lebih lebat.

Monday, December 6, 2010

Eria pubescens refer Eria lasiopetala

Inilah koleksi eria yang pertama dalam hidupku, terima kasih pada sahabat yang berkongsi eria ini. Bermula sejak itu, aku pun mula meminati spesies eria, dapatlah dikumpulkan beberapa jenis eria walaupun belum sebanyak spesies yang lain.


Pertama kali melihat spike membuatkanku rasa begitu teruja. Tertanya² bagaimanakah rupa parasnya yang sebenar. Tak sangka kali pertama berbunga terus keluar 2 spikes. Seronok memang seronok......



Inilah spike yang memula keluar, masih belum perasan bulb yang lain turut ada spike.



Bila dah kembang, alhamdulillah, memang cantik.







Ini gambar keseluruhan pokoknya. Lama juga dalam jagaan, adalah 2-3 thn juga.......