Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Wednesday, September 24, 2008

Ati-ati

Ati-ati





Nama Tempatan:
Ati-ati
Nama Saintifik:
Coleus Blumei
Nama Lain:
Nilam, bangun-bangun, ati-ati
Famili:
Labiatae
Lokasi dijumpai:
Asal:

Keterangan:
pokok hati-hati terdapat dalam banyak warna antaranya ungu dan hijau serta campuran merah jambu dan hijau. pokok ini banyak ditanam sebagai pokok hiasan dan tutup bumi.

Kegunaan:
daun hati-hati digunakan untuk merawat batuk terutamanya untuk orang dewasa. caranya ialah dengan cara menumbuk beberapa helai daunnya dan dicampur dengan air, kemudian tapis airnya untuk diminum dua kali sehari.selain itu campuran daun hati-hai, daun inai, daun jambu batu dan akar tutup bumi direbus hingga mendidih dan diminum airnya untuk mengecutkan rahim.Untuk asma pula(terutamanya pada kanak-kanak) ambil beberapa helai daun hati-hati yang berwarna hijau dan secubit kapur sirih. Ramas(upar) daun bersama kapur sirih hingga hancur dan sapu pada dada pengidap asma tadi sebelum tidur.daun ini boleh juga direbus bersama dua cawan air hingga tinggal secaan, campurkan sedikit gula batu dan minum.



Rujukan; http://www.melur.com


Di bawah ni semua kolesi ati-ati aku. 80% adalah cutting pemberian Cikna. Terima kasih ye Cikna....manakala selebihnya lagi aku beli di C4, Alamanda.

Enjoy de pictures...











Monday, September 22, 2008

Spathoglottis blooms in Sept 2008.

Rupanya spatho suka panass....
Patutlah sebelum ni tak meriah nak berbunga, tak cukup cahaya matahari rupanya.

Spatho. Chandoma Pink


Spatho. x-personii


Spatho. light pink (nama ni aku sendri yg bagi berdasarkan warnanya...)
Ini adalah bunga mutant, keluar dari spike yg sama seperti dibawah ni.


Spatho. NOID (tatau arr tapi aku panggil kaler peach...)


Harap² yg lain pun akan berbunga juga...amin.

Lagi lagi Japanese Rose....

Masya-Allah, memang cantik sungguh Japanese Rose ini. Setiap hari cuti, aku tak sabar² menunggu JR ku kembang di taman. Alhamdulillah, terima kasih sudi menceriakan taman ku yg tidak seberapa.
Aku kongsikan kecantikan JR di sini. Memang berbaloi menanam spesies ini, ia cantik, sentiasa berbunga dan mudah dibiakkan.





Percubaan untuk menanamnya ditepi longkang.

Tuesday, September 16, 2008

Begonia @ Asam Batu

Sejak pindah rumah ni, aku menambah pelbagai jenis tanaman hiasan yang lain. Aku terpikat pada Begonia @ Asam Batu ni setelah melihat koleksi rakan² di forum.cari.com.

Terpengaruhlah tu maknanya...he..he..he...

Aku ternampak pokok di nursery, jadi aku telah memulakan koleksi begonia ini. Tak kurang juga 'pau' dari Kak Aisyah dan juga Kak Tina....he..he..terima kasih.

Dalam diam² aku dah ada 9 koleksi begonia...he..he..he...insya-Allah, kalau ada rezeki bertambahlah lagi.




















Cattleya

Dah lama takde entry tentang orkid...

Bukan disebabkan dah mula kurang minat pada orkid cuma ghairah menambah koleksi tanaman yang lain..

Cattleya ni aku beli anak jer...leh jimat katanya...ha..ha..ha.....

So bunga yg keluar pun saiz baby jelah...

Tapi yg penting bunganya cantik, warnanya lembut sajer.....
Sebelum...

Selepas...

Monday, September 15, 2008

Cara-cara membiakkan lily

Sila kunjungi http://danny.belcher.com/Amaryllis.html untuk mengetahui cara-cara pembiakkan lily.

Thanks to Bro Hatta keran sudi berkongsi website berguna ni.

Monday, September 8, 2008

Mawar merah ku mekar lagi.....




Japanese Rose kaler Oren

Terkini, menambah koleksi.

Yg baru semai dalam pasu kecil.



Kalernya oren, cantik bila kembang sepenuhnya.



JR pink yang ditumpangkan di dalam pasu lily.

Tuesday, September 2, 2008

Japanese Rose.....















Kegilaan terbaru....
Dia merimbun
Senang membiak
Setiap hari berbunga
Pelbagai warna


Koleksi JR ku ini adalah hasil sumbangan Cikna, Mangifera, Kak Aisyah dan juga Kejariah....hu..hu...tak pernah beli pun.Ops, tak beli sebab tak jumpa kat nursery. Kalau jumpa mau ku rembat juga.

Sama tapi tak serupa

Aku masih mencari² nama pokok ni. Yang ini aku ambil batangnya yang terpatah di rumah Kak Aisyah. Ku letak baja tahi ayam, tak sangka serasi, daunnya naik merimbun. Memang cantik.


Yang ini pula aku beli di Nursery JJ Equine Park, pokok kecik jer RM4.00. Sebenarnya dia semaikan 2 batang jer pun. Takpelah, aku beli sebab nak letak bersebelahan dengan yang atas tu. Nanti nak letak baja tahi ayam juga, supaya dia lagi cepat membesar.Insya-Allah.
Yang berbeza ialah yang di atas tu daunnya agak bulat manakala yang bawah ni agak tirus.