Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Wednesday, December 24, 2008

Aku berjaya memilikinya! Arcahnis merah Tok Aling.

Arachnis merah ini di rumah Tok Aling. Setiap hari aku lalu depan rumah Tok Aling.
Setiap kali itulah aku tidak melepaskan peluang mengintai arachnisnya.

Merah warnanya.....

Sekian lama aku mengidamkannya, malangnya aku tak nampak Tok Aling atau cucunya di hadapan rumah. Nak bagi salam seganlah pulak...kerana menurut Kak Anje, Tok Aling dah tak berapa dengar...

Lama jugaklah sebenarnya aku memendamkan hasrat di jiwa...(gitu sekali penangan arachnis merah nih...hik..hik...)

Alhamdulillah, petang isnin, 22/12/2008, kali pertama aku lalu dan kebetulan Tok Aling sedang menyiram pokok di hadapan rumahnya. Apa lagi, cepat² aku minta abang pusing balik...

Nasib baik abang tu ramah tamah...panjang pulak intro dia...nak berkenalan dengan Tok Aling baru sampaikan hajat sebenar kami menyinggah.

"Oohh...boleh, saya takde masalah", jawab Tok Aling apabila abang menyampaikan hajatku.

Tok Aling bagi 2 cutting, alhamdulillah, besar sekali.

Sebelum berlalu, abang tidak luper salam berisi dan mengucapkan terima kasih sekali lagi....

hik..hik..hik..macam cerpen lak cerita aku nih...

Close up mungernya,




Sukanya aku!

Yang Kak Tina belikan...

Ya Allah, dalam diam² mengorder dengan Kak Tina, beginilah banyaknya orkid yg Kak Tina tolong belikan untuk aku. Terima kasih banyak² Kak Tina atas kesudian menjadi "Purchasing Manager" kami...

Inilah kotak yg ku angkut dari rumah Kak Tina di Bukit Jelutong.


Catt kuning lip pink ni pada mulanya aku tak berkenan, yelah tengok dalam gambar aje,kan...Dah tengok dgn mata kepala sendiri, wah cantiknya apatah lagi lipnya itu...dan juga clump yg besar dengan harga RM20 something.....terus aku kata ye pada Kak Tina untuk mengambilnya.


Phal,


Cutenya warna catt ini,kan....begit menawan kalbu, jiwa dan ragaku....


Catt purple lip kuning, bunganya besar, clump juga besar...dan bau yang wangi....aromanya menusuk jiwa.


Catt light purple seakan pinkish, warna begini memang idamanku selalu.



Keesokkan paginya, w/pun hari cuti aku tetap bangun awal jam 5.30am kerana belum puas bermesra dengan orkid yg baru tiba ini. Bila ku bukakan pintu, bau harum seharum orkid menusuk ke hidung dan terus ku cium satu persatu orkid yang terdapat di situ....
Masya-Allah, memang wangi .....
Ada lagi sebenarnya, bulbo, phal penang girl dan juga cutting epidendrum.
Oh ye, semua ni cost me RM105.00. Tak kisah asalkan jiwaku tenang bersama orkid.
Sekali lagi jutaan terima kasih pada Kak Tina, harap tak serik belikan orkid untukku lagi.

Thursday, December 18, 2008

Miracle Box From Mizahanan!

Kami memanggilnya sebagai "Miracle Box"....

Kotak yang ku terima dari Miza, tak sabar nak tgk isi kandungannya.


Tu dia, taraaaa............kat dlm tu ada compot, phal dewasa dan juga retusa alba.


Inikah bunga phal yg terpaksa dilentokkan supaya muat dlm kotak.


Inilah compot!

Ada 15 babies phals di dalam compot ni, berbeza saiz.


Yang telah ku leraikan satu persatu untuk tujuan potting.


Dah siap.....(kalau nak tahu tgh malam aku mengerjakan compot ini dan untuk keselamatan aku bekerja di dapur.)
Untuk babies yg masih kecil ada 4, aku sekalikan dlm 1 pasu.


Phal dewasa yg telah dipasukan. Kalau pasu ada sekejap jerkk..


Retusa alba, juga siap dipasukan.


Ok, proses menyusun babies kat rak pinggan mangkuk recycle ku ini. Bersama babies phals, ada dendro dan juga catt. Semuanya baby lagi...
Tingkat pertama,


Tingkat kedua,


Harap²lah semua babies mama akan hidup, sihat sejahtera dan berbunga. Alhamdulillah, kalau menjadi semuanya kayolah makcik dengan phals....
nota kaki: phal ialah singkatan untuk phaleanopsis juga dikenali sbg Orkid Butterfly di kalangan peminat orkid yg maleh nak sebut nama saintifik nih....

Ole-ole dari Segamat

Pertamanya, penghargaan buat Kak Ju yg sudi membawakan cutting orkid, rose dan bawang lily dari kampung halamannya yg tercinta.

Syioknya..koleksi nak bertambah...

Clump cattleya ni besar juga....


Keiki dendrobium.


Cutting rose putih.


Dan juga bawang lily.

Terima kasih daun keladi, kalau ada lagi, boleh jer campak cni...



Yg di rumah orang, tiada di rumah ku...

Ini di rumah Tok Aling, Kak Anje kata Tok Aling dah tak berapa dengar, iaitu pekak kerana usianya yg agak lanjut. Alamak, ini membantutkan niat ku untuk 'mintak beli' cutting.

Mungkin arachnis, warnanya merah terang yg paling menambat hatiku. Dan juga kulihat bunga tak putus², silih berganti. Sepanjang tahun dia berbunga.

Dahlah setiap hari akan lalu di situ, setiap kali itu jugalah aku tidak lepaskan peluang melihatnya. Juga mengintai² kalau cucu Tok Aling ada, boleh aku mintak dgn cucunya ajer.


Ini rumah orkid Iza. Dah padat ni Iza, kau kena renovate biar besar sikit...hik..hik..hik...


Ni di Muar, jiran tetangga rumah pengantin baru, Nishak. Aku mengidamkan suasana begini.


Lihatlah clump cym.finlay tu. Boleh tiru idea nih....

Idea ini pun bagus sekali. Cantik dan nampak natural saje....nampak gaya balik kg nanti kena adakan sesi mengumpul sabut kelapa.

Wednesday, November 26, 2008

Tuesday, November 25, 2008

Sebelum dan selepas.....

Mari kita ikut perkembangan pokok/bunga/sayur sebelum dan selepas....

Mulberry,



Mulberry ini sungguh mudah ditanam, cepat je dia naik pucuk baru. Dari pucuk tu pula, cepat saje nak ada buah, tengoklah tu, pucuk muda yang dikelilingi buah mulberry. Cuba bayangkan kalau pokoknya besar, mesti lebat buahnya,kan....
Aahhh....x sabar aku nak tunggu cutting ini menjadi pohon yg besar. Terima kasih Arwen....


Tomato,





Geram tengok tomato ni, rasa macam nak geget jer..tapi korang jgn gelakkan aku, aku lom pernah merasa buahnya sebab terlupa nak ambik.....alih² tengok yg 'bonyok'......uwaaaaaaaaaa..........

Bellina,





Hydrangea@Bunga Zaleha @ Bunga Tiga Bulan






Yang seronoknya warnanya berubah mengikut peredaran masa dan juga boleh berubah mengikut pH tanah.

Orkid Ular @ Paraphaleanopsis




Mungkin kerana daunnya yg panjang itu maka ia dipanggil Orkid Ular.Wallahualam.....

Dendrobium aphyllum,




Pemberian Iza Azwati atau nicknya Namida juga Bunga Zaleha.


Limau Purut,





Cattleya,




Potinara Burana Beauty namanya.

Dendrobium Gotton Sunray,



Oncidium,







Lily,






Lily,




Arundina,



Oncidium,



Spathoglottis,



Cantik manis my lovely spatho...