Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Thursday, December 18, 2008

Yg di rumah orang, tiada di rumah ku...

Ini di rumah Tok Aling, Kak Anje kata Tok Aling dah tak berapa dengar, iaitu pekak kerana usianya yg agak lanjut. Alamak, ini membantutkan niat ku untuk 'mintak beli' cutting.

Mungkin arachnis, warnanya merah terang yg paling menambat hatiku. Dan juga kulihat bunga tak putus², silih berganti. Sepanjang tahun dia berbunga.

Dahlah setiap hari akan lalu di situ, setiap kali itu jugalah aku tidak lepaskan peluang melihatnya. Juga mengintai² kalau cucu Tok Aling ada, boleh aku mintak dgn cucunya ajer.


Ini rumah orkid Iza. Dah padat ni Iza, kau kena renovate biar besar sikit...hik..hik..hik...


Ni di Muar, jiran tetangga rumah pengantin baru, Nishak. Aku mengidamkan suasana begini.


Lihatlah clump cym.finlay tu. Boleh tiru idea nih....

Idea ini pun bagus sekali. Cantik dan nampak natural saje....nampak gaya balik kg nanti kena adakan sesi mengumpul sabut kelapa.

No comments: