Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Monday, May 25, 2009

Gathering "Home Gardening" 23rd May 2009

Alhamdulillah, setelah sekian lama acara ini tertangguh, akhirnya 23rd May yang lepas acara ini dapat direalisasikan dengan jayanya. Seronok menanti kehadiran geng² yang lain membawa pelbagai 'pokok' untuk ditukar ganti dengan geng yg lain.

Aku kononnya tuan rumah, tiba seawal 8.45am. Malangnya, sampai je kat Taman Warisan, teringat Dendro Antenatum Kejariah & EG Kak Fatim tertinggal. Patutlah rasa macam ada yang memanggil tatkala meninggalkan rumah. Silap sendiri yg tak himpunkan sekali semuanya setempat.

Takpelah, breakfast dulu dan ayah willing nak balik ambik. Seb baik 10min perjalanan jer.

Kak Ct dr Muo orang kedua yg sampai bersama dayang² membawa kotak² kek yang comel² belaka. Terrorlah Kak Ct drive .....

Dolms, aku dah perasan dia 2,3 kali mundar mandir cuma tak tegur jer lagi. Akhirnya dia yg menegur kami dan memperkenalkan dirinya.

Setelah semua tiba... Pakupayung, Kak Tina, Kak Fatim, Cikna dan last sekali Kejariah, maka acara dimulakan dengan bacaan doa oleh anak bujang Kak Fatim dan diteruskan dengan sesi suaikenal. Ops, sebelum tu kena ucapkan ribuan terima kasih pada Kak Ct yg sudi menjadi MC pada hari tersebut.


Kak Tina sedang memperkenalkan dirinya, yg aku ingat kata²nya ialah, pada mulanya dia tak berminat sangat dengan orkid, lebih kepada asam batu @ begonia tapi bila dah selalu temankan maknya ke Sg Buloh, maka dia pun termakan racun orkid. Betul ker gitu dialognya? he..he..he....


Ini dia En Dolms kita, pakar anggur. Benih pokok herba lain pun dia ada banyak. Tapi En Dolms tak boleh lama, selepas sesi suaikenal nih, dia mintak diri. Sempatlah juga cabut no 2 dpt EG Dendro anosmum dr Muo datangnya ia.



Giliran Kak Fatimah atau pun Har123. Kak Ct kata mcm no askar...hik...hik..hik....


Pakupayung, Cikna & Kejariah ...alamak, tak sempat nak snap gambar sebab Asyraaf dah mengada² mintak dukung. Lambat pulak ayah ni...mesti ada menyinggah mana², rupa²nya singgah beli friskies dulu, 'anak²' kat rumah dah kelaparan.


Game dimulakan dengan acara kanak² umur bawah 4 tahun. Simple jer, kutip gula². Tapi Asyraaf takmo masuk, tgh merajuk setelah requestnya utk beli eskrem ditolak. Nak beli camner, pakcik yg jual tu pun tak sampai lagik.

Seterusnya acara tiup belon utk kanak² 4 tahun ke atas. Juara dan Naib Juara dibolot oleh anak Kak Tina, Aisyah & Adam. Sementara anak aku, Aliff dan anak Kak Ct Najiha ketetel ...belon langsung tak membesar.... ha..ha..ha....

Gambar ehsan Kak Tina.


Acara yg ditunggu² untuk dewasa, mak ayah atau couple. Simpulan kasih ini senang jer, 2 peserta kenalah mengikat kain perca yg telah disediakan oleh Kak Fatim, pemenang dikira kain perca terbanyak yg diikat dalam masa seminit.

Juaranya, Cikna, kedua ku kurang pasti samader Kejariah atau pun Kak Tina. Ketiga Kak Fatim.

Kak Fatim sedang bertungkus lumus menyambung kain perca.



Kejariah sempat senyum lagi....



Kak Tina bersama anak daranya....


Cikna dan suami sambil diperhatikan sikecik. Agaknya dalam fikiran dia, apalah kerja ibu buat nih...


Cik Puan Mc, Kak Ct juga tak lepaskan peluang mencuba nasib, bersama anak daranya jugak.

Setelah selesai acara penyampaian hadiah, kami berehat dulu menikmati juadah yg dibawa. Inilah untungnya bila pakar kek berkumpul, yang pakar makan ni syok sangat.....
Terima kasih utk Kak Ct, Cikna dan Kak Fatim yg bersengkang mata menyumbangkan hasil kemahiran memasing dan juga hubby Kak Tina yg sponsored air bandung. Pendek kata semuanya ditanggung berehh....
Kak Ct sedang menyusun kek....


Gambar ehsan Kak Tina.
Ini dia kek Muo yg bertajuk, Jom Gader²....
Makanan yg lain tak sempat nak snap, uwa...ayah tak sampai lagi, Acap pulak ngada².....
Selesai makan kami teruskan dengan acara cabutan bertuah. Yey...dapat EG dr Cikna, macam² ada di dalam plastik itu.....he..he..he....
Gambar ehsan Kak Tina.
Pp pulak menerima EG dr aku. Patutlah senyap jer dia, rupanya dia cabut No 1.Juga gambar ehsan Kak Tina.
Selepas bergader², sesi bergambo. Ini sesi untuk anak² forumers yg turut disertai oleh sorang forumer yg kecik molek, ngalahkan anak dara Kak Ct & Kak Tina....ahakss...


Ini sesi mak² pulak, senyuummmm.......

Gambar ehsan Kak Fatim.

Si dara idaman, comel lote nih....cute.

Sesi menayang hadiah diorg nih,





Budak sorang ni mintak lagi gambarnya dirakamkan,


Lepas bergader², sesi rombongan Cik Kiah ke LC. Takdelah beli byk sangat, saje ikut supaya ayah tau jalan nak ke sana.
Antara yg berkenan, tapi tak beli pung....




Wah seronok sangat dapat berjumpa walapun bukan semua. Semoga sesi bergader² selepas ni lebih ramai yg dapat join, lebih meriah dan lebih havoc.
salamss..

5 comments:

fzi said...

Salam shida...
Waa... bestnyer gather2 cam ni.. dapat kenal2 kan...akak tak tau le shida nak masuk forum camne... hehe..

juaina said...

shida....
rugi saya x dapat joint u all semua.Kalau ada gather2 cam ni lg contact saya yer...

juliadam said...

shida,
betul lah tuh.hahahaha
encik dolms tu jual keratan /anak anggur tak
berapa dia jual yea. kalau jual lah kan.

fatim-intan said...

shida, rasanya yang menang second prize simpulan kasih tu cikgu ct kot..he..he..

Kunang-Kunang said...

Wah bestnya nampak. Mudah-mudahan kalau ada lain kali dan tak ada apa-apa halangan dapat join sama.