Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Monday, May 4, 2009

Jalan² ke Cheah

Petang khamis lepas, dapat tahu Kak Tina nak ke Cheah, apa lagi, hatiku pun menggelegak nak pegi sama. Perghh...memang rezeki petang tu. Kak Tina dah sampai ke area yg aku tak pernah sampai, maka di situ terjumpa Dendro sutiknoii sp. Harganya...cuma RM50.00. Disebabkan aku baru beli Dendro sutiknoii hibrid dengan harga RM5 kurang drp harga di Cheah, maka terpaksa dipendam hasrat untuk memiliki sutiknoii sp.


Rupanya kat area situ, ada banyak curly dendro dan juga sp yg lain.


Maka, tangkapan aku sama dengan Kak Tina, Dendro antenatum, seperti di bawah.


Pokoknya, harganya cuma RM20.00

Cattleya hijau ni cuma RM15. Wish list untuk bulan depan.


Cattleya ini pula RM20, Kak Tina kata murah, jadi wish list jugaklah untuk bulan depan. Clump memang besar....


Selain itu aku beli juga rhy gigantea red spot, RM15.
Moss 1/2 kilo RM15, black plastick pot RM0.80 for each, clear pot RM20 utk 100pcs size berapa inci ntah....kih..kih...
Juga baja organik 1kg RM5.
Maka taklehlah nak beli banyak² sangat. baja tu sekali tabur untuk semua pokok langsung tak berbaki selepas itu.

No comments: