Asyik beli, beli, beli walaupun dlm gawat!
Petang semalam, kengkonon nak release tension. Argghh, kelmarin punya ceritalah, sakit hati betul, cuma aku tak nangis jerk.
Maka, kengkawan sehati sejiwa pun mula sebarkan racun, ajak ke nursery. Perghh...semalam abang kasik belanja sratus, cukuplah tu agaknya ye...kih..kih..kih....
Alhamdulillah, masalah semua dah settle sebelum lunch so aku pun ambiklah 1/2 day. Sesuka hati jer,kan...kih...kih...bos besar takde, meeting.
Seb baik abang murah hati nak tumpangkan aku ke Bukit Jalil otw dia nak ke Bangi. Sampai Bukit Jalil, Kak Tina pick up dan kami meneruskan perjalanan ke LC. Pergghhh, lama tak dtg sini, dekat setahun rasanya. Last year pegi bulan 6.
Sesampainya aku di sana, memilih pokok secara berhemah. Target aku nak beli dendro curly lagi kalau dpt harga yg berpatutan.
Alhamdulillah, dapatlah dendro curly ...alamak, luper nak snap, pokok pulak dianak angkatkan dengan Kak Tina. Kes tak muat nak sumbat dlm kancillah nih. Isy, kalau bwk wira tu bolehlah angkut semua, he..he..he...
Kemudian beli pulak Dendro mirbellianum, RM10 yg ada bunga. Nak murah punya pasal sanggup ambik yg belum bunga dptlah RM8. Mintak² cepatlah dia berbunga.
Rhy coeruties
Maka dapatlah hadiah, seedling rhy agaknya, jadilah. Itupun Kak Tina yg kecekkan utk aku. Mekasihlah tolong dptkan hadiah.
Dari LC, singgah kondo Henry, dia hantar pokok dia dulu dan aku sempatlah jamah nasik lemak sebungkus. Alhamdulillah, serta merta energy dtg semula.
Terus kami berdesup ke Kg Melayu Subang, ke Nursery Wong. Aku tertarik dgn orkid paphiolanthe atau nama kampungnya orkid tulang. Yg pertama ku tanya harganya, mahal siot, 1 cutting RM10. 3 cuttings RM10 pun aku dah rasa mahal...kih..kih..kih....
Jalan punya jalan, aku ternampak ni, adakah ini Vanda limbata? Aku cuma melihatnya di screen pc jer, tapi aku yakin dia adalah limbata. Ku tanya harganya, ok sesangat. Argghhh, apalagi rembat 1 pot. Kak Tina kata, sebelum ni dia pernah tanya, harganya bukan harga yg sekarang ni, dulu mahal. Kami bertiga ambil pokok ni.
Masuk ke dalam sikit, perghhh, lagi banyak rupanya. Tapi aku begitu tertarik dengan dendro curly, kali ni byk kaler merah dan pink yg menjadi idamanku. Pikir punya pikir, memandangkan dlm wallet cuma ada sekeping not RM50, akhirnya berjaya jugak aku rembat 2 pots dendro curly seperti di bawah ni. Cantik sangat......kalau tak beli, memang aku takleh tidur dibuatnya, dahlah jauh tapi pokoknya cuma ada 1. Mungkin yg lain belum berbunga.
Juga aku share beli dendro 1 pot ada 2 pokok dengan Henry.
Kesimpulannya, memang begitu menyeronokkan. Thank pada Henry & Kak Tina yg bukan setakat sudi mengajak ke nursery tetapi juga jadi bank bergerak, ha..ha..ha....
Juga terima kasih banyak pada suami ku yg snaggup pick up ku dr rumah Kak Tina, w/pun hanya bawak kancil sampai terpatah keiki dendro sebab Aliff sibuk nak tidur.
Terima kasih juga sebab menambah duit dlm walletku dengan jumlah yg sama sebelum ini.
kih..kih...kih....
No comments:
Post a Comment