Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Tuesday, May 12, 2009

Tangkapan pada petang ahad

Petang ahad yg lepas, aku teringin sangat nak makan pisang goreng tanduk. Kenalah pegi beli pisang kat Bukit Changgang, dalam hati dah niat nak lajak ke nursery. Plan nak pegi Far East, lama tak jumpa auntie tu. Rupanya auntie bercuti ke Thailand...wah...wah..hebat auntie nih.

Aku sengaja bawa RM50 jer...maka tangkapanku yg biasa² jelah.


Dendro curly ni, pokoknya tinggi, paras ketiak aku. Harga asal RM18 aku mintak RM15. Rembat, baloi sebab pokoknya besar.

Close up bunganya,

Dendro berbatik di lidah ni memang dah lam ajadi idaman. RM10.

Close up bunganya,


Beli pasu kecil clay yg biasa auntie jual singgit, aku mintak kat Iwan RM0.50 jer, rembat 10 bijik.
Aku bercadang nak mengulang ke FE lagi sebab ada pokok yg aku nyesal sebab tak beli...
Lepas tu singgah gerai jual pisang, beli pisang tanduk sebijik jer...sebijik ye bukan setandan.

2 comments:

Adiwarnatasya said...

Memang berbaloi.
Murah bangat tu akak.
Sesuai letak dalam umah tu akak.
Nak2 hias dekat bahagian sudut...:)

Shida said...

he..he...dendro mcm tu tahan panas, letak kat luar pun dia tak kisah....