Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Wednesday, April 1, 2009

Catasetumku.

Aku belum banyak koleksi catasetum. Mulanya dulu aku hanya mampu membeli seedlings yg berharga RM10. Takut dgn harganya pokok flowering size.

Seedling ini sudah setahun lebih usianya bersama saya. Daunnya dah lama gugur..lama dia dormant baru skearang keluar keiki. Alhamdulillah, lega saya. Maknanya dia masih lagi hidup.


Catasetum yg hijau ni ku lihat di Far East, harganya RM40. Belum terdaya..ha..ha..ha...tapi lepas tu aku pulak yg tak lena tidur beberapa hari. Spikenya panjang, kata kawan² di forum, lain kali jumpa rembat saje, tentang harga jgn dirunsingkan sangat.


Yg uniknya catasetum ni, bunganya boleh berupa bunga jantan dan bunga betina. Alamak, aku tak copy pun nota tentang bagaimana untuk menjadikan bunga itu jantan atau betina. Ruginya. Nanti aku risik blog rakan yg lain. Si jantan ni saya beli dengan harga RM18.


Catasetum merah ni pun berharga RM18, juga dibeli di Serdang Nursery.

Selepas bunganya habis dah daunnya gugur. Dia dormant seketika dan sekarang dah keluar keiki baru. Lega......
Catasetum ku yg terkini, Kak Tina belikan. Pada ku harganya amat berpatutan kerana pokoknya agak besar. Seronok sangat.....



Harap lepas ni catasetumku bertambah lagi.

1 comment:

rosnah said...

Berapa lama bungannya kembang, ada mengeluarkan bau ke dan apa baja yang sesuai dengannya?