Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Monday, April 27, 2009

Xtvt hujung minggu-2

Batang kayu ni memang dah lama ku tepekkan orkid padanya. Tapi malangnya apabila pokok mati, terpaksalah aku buang dan gantikan dengan pokok baru supaya nampak lebih tersusun.
Bahagian paling atas ku letak aerides Sabah. Selitkan juga keiki dendro aphyllum yg cinonet.
Sebelah belakangnya ku lekatkan phal bellina dr Sarawak. Risau juga, akar baru belum nampak tapi bila tengok pucuk baru dah keluar, mungkin akar in progress. Harap² dia hiduplah....

Ini aku kurang pasti genusnya. Adakah pandurata atau apa. Dapat masa berkelah. Ingatkan dia tak boleh nak survive, tapi nampak keiki keluar, legalah aku. Kena sembur seaweed selalu.

Bahagian bawah. Mungkin caelogne, dr Sabah juga. Dah ada keiki.

Pada bahagian yg ada cabangnya, selitkan seedling bellina pink. Oleh kerana dah lama dlm pasu, maka mossnya tidak berubah bentuk. Senang sikit keja aku, sekali ikat jer.

Seedling phal hibrid.


Seedling phal hibrid, bahagian bawah.

Dari bawah, ku mulakan dengan bulbo sabah aku yg dah recover sedang mengeluarkan keiki. Harap² cepatlah dia memanjat ke atas.


Harap² lepas ni akan jumpa lagi batang kayu yg boleh ku buat tempat untuk menepek orkid.

No comments: