Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Thursday, April 9, 2009

Blooms

Lama tak update di sini. Jadi, letaklah semua sekali harung.

Catt kuning ni boleh tahan juga besar clumpnya. Aku bercadang utk re-pot setelah habis bunganya kerana kesian tengok dia bersesak² dalam pasu tu. Ada sesiapa minat untuk barter trade?...






Arundina ni bunganya tak putus, banyak pulak anak yg keluar. Seronok .....




Miltonia ker? Aku sering keliru, almaklum ye, amatur. Kejutan sepulangnya dr office semalam dia dah kembang.




Kak Tina pun ada jenis ini. Errmmm..ala, tak ingat arr, dia ni dah cross. Juga kembang sepenuhnya semalam. Sekali dia dah berbunga di dalam jagaanku, rajin dia berbunga lagi.


Roselle. Benih yg ku terima dr Kak Ayasofiya ni bercambah dengan jayanya. Dah terlalu banyak, sampai aku pun malas nak alihkan ke tanah. Sedap tau rasanya, masam² manis gitu.

Ni bunga roselle. Aku sering tidak berkesempatan melihat dia kembang penuh kerana dia kembang tak lama.

Bunganya pandangan dari sisi.



Cattleya cantik manis wangi harumannya ini telah dibelikan oleh Kak Tina. Yg seronoknya, setiap pagi buka pintu, semerbak mengharum wangiannya.


Catt hadiah EG dr Miza ni berbunga kali ke-2 dalam jagaanku. Bestt...


Dendro miniature ni tak kurang menariknya dengan gabungan warna yg harmoni.


Dendro liberty.



Spatho alba,


Spatho pertama yg ku beli, adik beradiknya dah merata.


Aku ada 2 pasu rupanya warna purple ni.


Cantik,kan.
baii...

5 comments:

juaina said...

Catt yang pertama tu kalau nak tukar dengan catasetum saya pun boleh.Lagi satu..nak tanya pic no 4 tu Den SP ke..rasanya saya ada cam tu tapi NO ID.Warna puteh dalamnya warna kuning sikit..bau wangi.Daunnya macam jenis dendrobium.Setiap keiki yang baru akan terus kuar bunga.Adakah ia jenis yang sama...kalau yea bleh x kita tukar....

Unknown said...

shida,

akak tak suka spatho, tapi yang last tu nampak comel la pulak. ada tak keiki, akak nak beli. kalau ada boleh tak awak tolong tanam dalam polibeg dulu. kalau tak menyusahkan la yea.

Shida said...

Ju, catasetum tu kasik keiki jer kat saya pun xpe...biar saya bela dia dr kecik.

YG no 4 tu, sy diberitahu dia dr genus cattleya tapi cane dia agak panjang dan ada mirip dendro.Sekali pandang mmg nampak mcm dendro.

Shida said...

Kak Tina, kalau nak keiki saya kasik jer, tapi kena tunggu lama sikitlah sbb baru potongkan utk Pp.

juaina said...

Oklah ... nanti saya kasik kat awak catasetum tu, pos bersama limbata yek.