Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Monday, November 17, 2008

Dendrobium Gotton Sunray

Pokok ni agak mahal, kalau pokok dewasa harga dia lebih RM40 ke atas.

Sebab itu aku beli anak jer, baru RM10. Tapi kena sabarlah tunggu dia membesar.

Setelah daun pada cane yang asal semuanya gugur, keiki baru muncul. Tapi tak sangka, keiki ni cepat mengeluarkan bunganya.

Setelah kembang, aku teruja dengan kecantikkannya. Cantik..memang cantik......


Walaubagai mana pun, aku tidak mempunya pilihan selain memotong spike yg sedang berbunga itu. Ini kerana, pokok ni masih kecil dan belum stabil untuk berbunga. Dikhuatiri dia akan mati selepas berbunga kerana terpaksa mengeluarkan banyak tenaga untuk berbunga ini. Yang sepatutnya keiki menjadi besar.
Aku tidak mahu mengambil risiko, ku potongkan dan ku letakkan di tepi pokoknya. Apabila ia layu, baru ku buangkan.

Perkembangan terkini, semalam ku lihat ada keiki baru yg tumbuh. Alhamdulillah, nampaknya pokok ini hidup. Harapnya keiki itu akan lebih besar drp cane yg asal.Insya-Allah....

No comments: