Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Wednesday, November 12, 2008

Bunga Raya@Hibiscus

"Bunga raya bunga kebangsaanku
Bunga yang berwarna merah....."

Arghhhh....dah tak ingat apa lagi, tapi kalau nak tahu itulah antara baik sajakku tentang bunga raya yang pernah tersiar di majalah Dewan Pelajar ketika aku berusia 11 tahun. Jangan tak tahu, dulu aku minat menulis..dan adalah sedikit bakat dikurniakan Ilahi. Namum bakat itu tidak diasah, maka ia lenyap begitu saja.

Koleksi cerpen dan puisi pun dah lenyap ditelan zaman...

Oppss..off topic pulak, nak cerita pasal kisah silam ke nak cerita pasal bunga....he..he..he...

Bunga raya ni common sangat..kita boleh nampak ia bukan setakat di halaman rumah, di tepi jalan juga banyak ditanam sebagai tanaman landskap. Itu yg buat aku lambat sikit berminat dengan spesies nih....

Tapi sekarang banyak yg hybrid, pelbagai warna, lapisan corak yang menyerlahkan keserian dan kecantikan bunga raya ni.

Koleksi awalku adalah pemberian cutting oleh Cikna (memang banyak jasa Cikna dlm menambahkan koleksi pokok bunga ku..)

Tak sangka antaranya warna putih ini, cantik dan nampak suci. Baru ku lihat Mrsaafifi punya di forum, warna putih nih cantik. Tak sangka rupanya aku juga memilikinya.Alhamdulillah....

Banyak lagi cutting pemberian Cikna tu, tapi belum berbunga lagi, almaklum, umur kanak² lagi.

Bunga raya pertama yg ku beli, RM6 jer...rajin sungguh dia berbunga.

Wish list nak beli yg kelopaknya berlapis² tu, cantik.

No comments: