Lama tak update di sini. Jadi, letaklah semua sekali harung.
Catt kuning ni boleh tahan juga besar clumpnya. Aku bercadang utk re-pot setelah habis bunganya kerana kesian tengok dia bersesak² dalam pasu tu. Ada sesiapa minat untuk barter trade?...

Arundina ni bunganya tak putus, banyak pulak anak yg keluar. Seronok .....

Miltonia ker? Aku sering keliru, almaklum ye, amatur. Kejutan sepulangnya dr office semalam dia dah kembang.

Kak Tina pun ada jenis ini. Errmmm..ala, tak ingat arr, dia ni dah cross. Juga kembang sepenuhnya semalam. Sekali dia dah berbunga di dalam jagaanku, rajin dia berbunga lagi.

Roselle. Benih yg ku terima dr Kak Ayasofiya ni bercambah dengan jayanya. Dah terlalu banyak, sampai aku pun malas nak alihkan ke tanah. Sedap tau rasanya, masam² manis gitu.

Ni bunga roselle. Aku sering tidak berkesempatan melihat dia kembang penuh kerana dia kembang tak lama.

Bunganya pandangan dari sisi.

Cattleya cantik manis wangi harumannya ini telah dibelikan oleh Kak Tina. Yg seronoknya, setiap pagi buka pintu, semerbak mengharum wangiannya.

Catt hadiah EG dr Miza ni berbunga kali ke-2 dalam jagaanku. Bestt...

Dendro miniature ni tak kurang menariknya dengan gabungan warna yg harmoni.

Dendro liberty.

Spatho alba,

Spatho pertama yg ku beli, adik beradiknya dah merata.

Aku ada 2 pasu rupanya warna purple ni.
Cantik,kan.
baii...