Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Friday, August 21, 2009

Laman D'Arked

Makna title di atas, laman di Taman Arked.

Kita cuci mata dengan hutan sekunder ciptaanku.

Orkid equestris...(mungkin ejaannya salah)


Paphio atau orkid selipar.


Japanese rose putih 3 serangkai......



Hibrid merah kuning.



Barisan pisang, nenas, roselle dan serai. Ada yg nampak ada yg tak nampak....ahaks.


Aku memang takde seni menghias laman, atas alasan nanti nak pindah. Tunggu masuk rumah baru, akanku konsepkan tamanku itu nanti...he..he...he.....



Orkid dendrobium.


Rose kuning.


David sander. Kali ini bunganya besar berbanding yg kembang dulu. Mungkin faktor usia yang semakin meningkat.


Rain lily, pale yellow. Menjadi mangsa si pemotong rumput tapi tetap berbunga.



Aku memang suka buat keja menumpangkan JR di pasu bunga lain.


Aku pun kurang pasti asal usulnya rose merah ini. Ermm....beli rasanya tidak, tapi mana pulak dapat ekk....




Hibiscus hawaiian katanya, layankan jer...

Kuning berlapis,


Orkid dendrobium ni kali pertama berbunga, ku tepekkan kat kayu mati yg ku kutip tepi jalan.



Hibiscus magenta warnanya,


Orkid pinang atau juga dikenali dengan nama spathoglottis.


Orkid bepi, aku hampir tak perasan dia berbunga lagi.



Banyaklah lagi bunga²an yg mekar tak larat nak tepek....