Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Tuesday, September 1, 2009

Cerita hujung minggu.

Perghhh...penatnya berkebun time bulan poser.


Rancangnya nak alihkan semua pasu rose dan letak setempat. Senang nak monitor dia sambil sekali harung nak membaja dan menyembur racun. Maka inilah hasilnya. Atas tanah dilapik dengan plastik hitam (plastik sampah) untuk menghalang pertumbuhan rumput dan lalang. Sambil tu ditaburkan batu² kecil di hadapan pasu. Erm....bolehlah, untuk temporary.


Inilah hasilnya, takleh nak snap dr depan, snaplah dari tepi.



Antara rose yg berbunga, rose pink. Kali ke-2 beli selepas yg pertamanya menuju ke syurga.

Minat sangat dengan si merah kecil ini.


Bunga raya purple berlapis ni beli dr Nursery Dengkil.

Ini pula beli dr CH. Besar dan selapis.
Darwinaraku berbunga sekali 4 spikes. Seronok dan terkejut, sebab tak perasan....he..he....Ini dia yg tgh bloom.


Spike yg lain,


Phal equestries, ada 4 spikes juga tapi 1 dah kering.




Mas cotek ni tanam dr cutting pemberian En Dolms semasa gathering forum cari yg lepas.


Spatho pink ini slow grower. Lambat sungguh dia membiak.



Yg peach ini pula baru recover dr serangan.



Jeng..jeng.....saat yg ku nantikan, 2 kaler untuk 1 pokok. Ermm..magic ye...ha..ha..ha....
Sebenarnya warna bunga ini berubah mengikut peredaran masa. Warna yg merah itu warna asal sewaktu dia kembang. Lama kelamaan warnanya akan pudar menjadi oren dan seterusnya kuning sebelum ia layu.




Hu..hu..hu....set meja simenfero ini baru saje dibeli. Satu pembelian yg tidak dijangka.
Kisahnya, sedang aku seronok berborak dengan Bariah dihp bercerita pasal baju raya, abang tanya nak tak beli meja yg letak kat laman tu.
Sekali aku keluar, tu dia...lori 3 tan depan rumah.
Rupanya mereka ni nak lelong habis set meja ini selepas menghantarnya ke nursery. Mungkin nursery tak ambik banyak. Harga RM370 dan kata budak² Kelate tu, nursery jual RM700 lebih. Ermm....mama no komen, kalau ayah nak beli bagus juga....he..he..he...


Hoya berdaun love ini dibeli di CH. Serasi betul di rumah mama, sekarang tgh seronok mengeluarkan bunga.



Pokoknya,



Dan akhir sekali nak report, phal cornu cervi alba mama dah kembang...bunganya tecit yg amat.



Itulah serba sedikit xtvt hujung minggu lepas di bulan poser. Hujung minggulah masa nak membaja, meracun, trim atau menanam semula tanam tanaman di rumah tu. Alhadulillah, cuaca pula redup jer, taklah haus sangat.

2 comments:

Adiwarnatasya said...

Hii Akak,
Cantiknya taman akak...
Kreatif..

Shida said...

Salam Adi,

Terima kasih jadi pengunjung setia blog akak nih.