Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Thursday, July 16, 2009

Dah keluar dari pertapaan..

Busylah kengkononnya aku nih, ha..ha..ha.....baru nak keluar dr pertapaan. Sebenarnya aku pun rindu nak berblogging di sini tapi apakan daya, masa kurang mengizinkan.


Maka sebagai pembuka lembaran bulan Julai ini, aku tepekkan di sini koleksi Japanese Rose yg ada di rumah.


Ops, tapi sebelum itu, harus berterima kasih pada rakan² yg sama² berkongsi minat yg telah menyumbangkan JR mereka kepadaku sehingga aku sendiri pun telah menyambung sedekah mereka kepada orang lain.


Isy, panjang pulak mukadimah, jomlah kita mencuci mata.....


JR ni aku beli dgn harga yg agak mahal iaitu RM10, completed dgn pasu Baba dan penggantungnya. Tapi disebabkan sebelum ni belum pernah nampak di mana², belilah jugak daripada teringat kemudian hari. Masa baru beli dah terkena penyakit, lucky cepat sedar dan repotting kini alhamdulillah, dah semakin sihat dan juga ramai yg dah dapat berkongsi bunga yg cantik ini.

Pattern besar dan selapis. Apa yg aku perasan, jangka hayatnya lebih lama berbanding dengan yg lain.





Terselit pulak JR bunga besar ni di antara si merah ini.


Oren.


Pink.


Peach.


Selapis magenta.


Kecil selapis very² light pink.


Tak sangka terselit jugak kaler pink pekat ni.


Selapis kuning,



Putih hibrid,



Mix pink & white bersama pink pekat.




Si kuning hibrid tadi, sekarang dah ada 3 pots.








'Dazzle Doubles' cream, ada kawan yg baik hati tolong belikan.



'Dazzle Doubles' yellow.


Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada penderma JR kepada saya;
1-Cikna
2-Mangifera
3-Mizahanan
4-Pakupayung
5-Mhatta
dan juga ada beberapa lagi yg mungkin aku terlupa, terima kasih sekali lagi.

6 comments:

fzi said...

Hi...shida..

Apa khabar? lama tak comunicate ngan shida thru meja komen ni...hihi...
...Wahhh, banyak sungguh koleksi JR shida ya...cam-cam kaler ada...cantik semua..

namida said...

shda
jual ler kat aku sket..heheh...especially yg hibdrid tu

sha said...

shida, aku punya yang ko bagi kan keluar sekuntum, sekuntum, geram jer aku tgk pokok ko yang berbunga lebat tuh....

Kunang-Kunang said...

cantik2nya JR shidah terutama yang gambar no1 tu. Lain dari yang lain.

Shida said...

Terima kasih semua atas respon yg diberikan.

Kak Fzi,
Ada yg akak berkenan ker? Kalau ada, boleh saje saya poskan.

Namida,
Bila² kita dapat berjumpa aku pass kat kau yee...

Sha,
Kau kena buh baja, kalau tak memang kurang meriahnya. Nanti aku syorkan baja yg aku selalu guna.

Kak Hanim,
Kalau akak nak, saya boleh pass sekiranya kita berjumpa nanti. Insya-Allah.

Kamal said...

Salam Puan,

Minat pulak kat JR tuu. Kalau nak beli boleh ke? Ada berapa jenis semua.

Kamal
azhanlink@yahoo.com