Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Friday, June 26, 2009

Seronoknya shopping release tension

Duduk lama² kat ofice ni memang boleh membuatku jadi tension.....ha...ha..ha...


Jadi, untuk peminat munger seperti aku ini kalau rasa stress kena pegi tengok bunga dan beli pokok dan selepas itu barulah lega fikiranku ini.


Aku dah aim nak pegi nursery di Cyberjaya ni sejak isnin lagi cuma jumaat barulah berkesempatan sebab waktu rehat yg lebih panjang.


Yang aku aim ialah bunga raya. Awal bulan aritu pegi dah petang so kebanyakkan bunga dah kuncup.


Yang aku nak sangat ialah si kuning ini. RM8. Taraaaa......


Si merah ini terbeli jugak apabila melihat kelopaknya berlapis. RM5.


Oleh kerana aku banyak masa, jadi aku sempat menelek setiap pokok dan bunga yang terdapat di situ. Telek punya telek terjumpa hoya Shooting Star ini. Hah, apa lagi rembat jelah,kan. Yang seronoknya bila nak bayar harganya cuma RM9. Sangatlah murah.



Ini kudup bunganya.


Pokok yang menjadi pilihanku ialah yang paling tinggi dan banyak dahan juga yang mempunyai buds. Tak sabar nak tunggu dia kembang.

Apabila ku tepek gambar dan harga di forum, tak sangka ramai yg berkenan dan terpikat pada harganya. Ha...ha....ha...aku bakal mengulangi ke sana untuk beli lagi hoya ini.

Adakah ini juga hoya? Aku tak jumpa bunganya tapi corak daunnya cantik.



Hoya ini sebenarnya diberitahu RM9 tapi bila bayar RM8. Wah, murahnya, syok betul aku. Tapi hoya ini tidak begitu terjaga, tidak digantung dan hanya dibiarkan merayap di atas pangkinnya. Puas aku menarik pucuknya yang panjang itu. Sayanglah kalau aku nak potong.


Ermmm......total semua yang aku beli RM30. Bolehlah dianggap sebagai hadiah harijadi untuk diri sendiri pada 27th June ini.....ha..ha..boleh ker macam tu?

3 comments:

sha said...

HAPPY BIRTHDAY SHIDA... SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI SENTIASA. AMIN.

adiwarnatasya said...

Kak Shida,
Owhhh bestnya shopping.
Happy Bufday akak;
Didoakan;
Panjang Umur,Dimurahkan rezeki berpanjangan,sihat & beroleh keberkatan hidup dunia akhirat.Amin.:)

Anonymous said...

Happy Belated Birthday, apa cerita sekarang...?