Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Wednesday, May 5, 2010

Udang oh udang

Sama ada kita sedari atau tidak, kita boleh memanfaatkan hasil buangan dari sumber makanan seharian.

Contohnya, udang. Walaupun saya tidak boleh makan udang (nanti tekak loya dan boleh muntah) tapi saya suka beli udang sebagai juadah untuk sekeluarga. Ini kerana, kulit udang amat berharga buat saya, w/pun mengopek udang boleh membuatkan saya rasa loya juga tapi gagahkan saje demi khasiat kulitnya terhadap tanaman hiasan saya.

Kulit udang boleh saje terus diletakkan di dalam pasu pasu orkid. Selalunya saya memilih pasu yang terletak dibelakang rumah supaya baunya yg agak memualkan itu tidak keterlaluan..he..he...he....lalat memanglah ada, tapi masih terkawal. Selepas 2-3 hari, baunya bertukar seperti bau belacan (belacan pun tak berapa nak makan).

Selain orkid, boleh juga ditanamkan di dalam pasu roses. Dengan syarat kena tanam kalau tak adalah si kepala itam yang menjengah ke pasu.

Boleh juga sekiranya rajin.....blendkan kulit&kepala udang tersebut supaya dapat byk dan siramkan pada tanaman yang menggunakan medium tanah. Kalau nak siram kat orkid, kena pastikan orkid tersebut digantung dan di bawahnya ada pokok lain. Jadi banyaklah pokok yang boleh mendapat khasiatnya.

Selain itu, air cucian udang juga boleh digunakan sebagai baja. Siramkan saja. Memang saya agak rajin mengumpulkan air cucian beras, ikan, ayam, udang, sotong, daging dan juga sayur sayuran dan selepas itu digunakan untuk menyiram tanaman. Hasilnya, memang puashati di samping dapat berjimat membeli baja dan dsb. (tapi baja tetap kena beli....)

Yang saya seronok, seminggu selepas cymbidium dayanum Sabah saya makan kulit udang, telah mengeluarkan spike dan berbunga. Bila dah berbunga baru dapat kenal pasti jenis apa.

Sekadar mencuci mata dengan udang.......

Udang untuk di masak,



Kulit dan kepala udang yang bakal berfungsi sebagai baja,



Air beras, pun baja juga.....




Air cucian udang.


Oh ye, selain udang, boleh juga letakkan sekor dua ekor kerang (kira ekorlah ye sbb haiwan) dlm pasu orkid kita. Kerang hidup yg ada isi tauuu.....bukan setakat kulit kerang yang isinya dah masuk ke perut kita...he...he..he....


Sampai berjumpa lagi....bai..

p/s: terima kasih kerana sudi membaca

5 comments:

enfagrow said...

salam. letak kerang mcm tu je? lama2 kerang tu reput ke apa dalam pasu orkid tu?

Shida said...

wslm, isi kerang mereput dlm pasu dan berfungsi sebagai baja. 3,4 hari yg pertama memanglah berbau sikit tapi demi mendapatkan pokok yg sihat dan berbunga, tahankan saje.

Sya said...

askum..

sis shida..

saya nih peminat pokok bunga dan masih berjinak-jinak tanam pokok orkid.tapi orkid yg saya tanam tidak menjadi...daun jadi kering, hitam dan berkedut2...adakah ini jangkitan ulat / ada masalah lain..??

Shida said...

Hai Sya,
Rasanya kalau dpt tengok gambar lagi senang nak kaji masalah dia samader serangan mites atau pun serangga yg lain.

ZALINA BT ZAINON said...

salam shida...
sy pun nk try la ltk kerang... tp nt tak berulat ke? almaklumla dh tentu kuat deria bau lalat kan...
mak sedara sy pun guna kerang sbg baja dan hasilnya orkid beliau sgt sihat & subur..daun2 hijau je...