Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Friday, April 9, 2010

Penyakit..penyakit ...penyakit....tensen!

Penyakit yg menyakitkan hati dan juga poketku...yelah kalau si pengidapnya mati terbang RM yg dilaburkan dulu,kan....ini dinamakan Fungal Root Rot caused by Rhizoctonia spp.

Pada petang yg indah sekembalinya dr pejabat ketika sesi menyiram tanaman kesayangan, terperasan spatho yg segar bugar pada mulanya telah semakin kecil clumpnya....terdetik juga di hati, janganlah penyakit biji² putih tu...rupanya yee...apalagi....uwaa......bila aku cuba mencabut bulb spatho telah pun busuk, cuma daun dan bunganya saje yg masih menten berdiri tegak sedangkan bulb di dalam tanah membusuk.....bukan setakat spatho yg menjadi mangsa, sebelum ini Japanese Rose, rain lily, harum sundal malam malah walking iris 1 pasu pernah menjadi mangsa kekejaman.

Penyakit yg satu ini kalau dah menyerang memang perlu dirawat segera jika tidak...selamat menuju ke syurgalah jawabnya.

Kalau dahulu, rawatam yang ku berikan kepada spatho ini, aku keluarkan semua bulb beserta akar (cabut dgn penuh berhati² ye) ku cuci akar dan bulb dengan air paip sebelum ku sembur dengan malathion atau juga pernah dengan ridsect waterbase......kemudian aku tanamkan semula di pasu lain dengan menggunakan tanah baru. Tanah yg lama ku biarkan dahulu.

Menurut Khairi, rakan seforum juga rakan segila orkid, hoya dsbnya, rawatan yg terbaik ialah menggunakan Racun kulat thiram.

Memandangkan racun ini bersifat serbuk, maka taburkan ia di sekitar kawasan yang telah dijangkiti. Maklumat lanjut sila dapatkan di http://tangansejuk.blogspot.com/2010/04/penyakit-bahaya-untuk-orkid.html


Gambar ihsan dr Kejariah (sbb gambar sendiri dah deleted kenalah pinjam gambar org len...)


Sayangi tanaman kita dengan pemeriksaan teliti sekiranya melihat perubahan yang tidak baik pada pokok telah berlaku. Saya pun redha dengan pemergian spatho yg beli dr Cheah ke syurga...selepas ini pastinya akan kembali lagi ke Cheah bukan setakat mencari pengganti spatho tetapi juga Thiram, mesti Cheah ada jualkan!

3 comments:

Orkid La said...

Telor Ikan nama lain penyakit ni

Makarimi Abdullah said...

paling senang sembur dengan H2O aja atau apa2x semburan serangga sperti ridsect ker fumakilla ker...tapi ingat ia mesti 'WATER-BASE'.
Semburan serangga water base ni boleh digunakan untuk tanaman. Kekadang tu kalu nak cepat dan insecticide dah kehabisan ini kaedahnya.

DIANA said...

hai...cantik semua orkid tu....tp sya ada nak kongsi 1 baja yang bagus untuk semua. baja organik tonmai dan taa vee kun. mmg bagus untu melebatkan bunga, daun yg bkilat batang yang tegus. baja ini sesuai utk semua jenis tanaman.
kalau nk boleh call sy 0172570708/ cik diana.thanks