Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Friday, August 21, 2009

Laman D'Arked

Makna title di atas, laman di Taman Arked.

Kita cuci mata dengan hutan sekunder ciptaanku.

Orkid equestris...(mungkin ejaannya salah)


Paphio atau orkid selipar.


Japanese rose putih 3 serangkai......



Hibrid merah kuning.



Barisan pisang, nenas, roselle dan serai. Ada yg nampak ada yg tak nampak....ahaks.


Aku memang takde seni menghias laman, atas alasan nanti nak pindah. Tunggu masuk rumah baru, akanku konsepkan tamanku itu nanti...he..he...he.....



Orkid dendrobium.


Rose kuning.


David sander. Kali ini bunganya besar berbanding yg kembang dulu. Mungkin faktor usia yang semakin meningkat.


Rain lily, pale yellow. Menjadi mangsa si pemotong rumput tapi tetap berbunga.



Aku memang suka buat keja menumpangkan JR di pasu bunga lain.


Aku pun kurang pasti asal usulnya rose merah ini. Ermm....beli rasanya tidak, tapi mana pulak dapat ekk....




Hibiscus hawaiian katanya, layankan jer...

Kuning berlapis,


Orkid dendrobium ni kali pertama berbunga, ku tepekkan kat kayu mati yg ku kutip tepi jalan.



Hibiscus magenta warnanya,


Orkid pinang atau juga dikenali dengan nama spathoglottis.


Orkid bepi, aku hampir tak perasan dia berbunga lagi.



Banyaklah lagi bunga²an yg mekar tak larat nak tepek....

Cymbidium dayanum-bulb

N3 ini sebagai memenuhi permintaan Mizahanan yg ingin melihat bulb Cymbidium dayanum. Saya cuma tanam dalam bekas plastik.




Sekian.

Thursday, August 20, 2009

Selamat Berpuasa!

Sempena dengan kedatangan Ramadhan al Mubarak, saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah swt. Amin.

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

1- Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
2- Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
3- Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalahRasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Saya juga ingin memohon maaf sekiranya hasil tulisan saya dan juga tingkah laku saya kurang disenangi.

Monday, August 17, 2009

Caelogne-antara yg dibeli dan diambil di tepi jalan.

Caelogne: Memang banyak dah koleksi cuma banyak yg belum nak berbunga. Kebanyakkannya yang dibeli di Kk. Ada juga yg kiok....ermm...biasalah tu.

Caelogne prasina (kredit to Bro Shaiful yg beritahu namanya) ini di ambil di tepi jalan. Di mana, hee...he....biarlah rahsia. Banyak sangat sebenarnya cuma abang ambil 1 clump sajer. Katanya jangan tamak.

W/pun bunganya halus, tak pelah. Namanya pun free.



Caelogne swaniana, beli dari sahabat di Kuching. Cukup puashati sebab pokoknya sangat sihat dan segar w/pun telah merentasi Laut China Selatan. Sehelas daunnya pun masih belum ada yang layu hingga sekarang. Ermm....kira² 3 bulan yg lepas selepas membelinya.





Menatap bunganya memang mengasyikkan. Cantik, ayu jelita dan memiliki aroma segar. Macam bau hutan......
Harap caelogne yg lain akan turut berbunga......