Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Tuesday, June 2, 2009

Cerita demam dan bunga-bungaan.

Adat manusia, sakit pening tu perkara biasa. Aku memang jarang sekali demam, dalam setahun mungkin 3 kali je kot......peruntukan mc memang tak pernah lebih dr 20% penggunaannya, alhamdulillah.

Tapi sekali dah demam, memang teruklah jugak penangannya. Sakit kepala jgn cakap, sakit pinggang sengal semua ada. Completed set.

Hari pertama mc memang tak larat even nak pegang hp sms office kata mc. Kenalah mintak tolong abg posmen sampaikan pesan.

Nasihat doktor, banyakkan makan makanan masin cthnya ikan masin atau telur masin sebab tekanan darah aku terlalu rendah dan tak pernah naik dalam rekodnya. Isy, aku memang pantang kalau masak terlebih masin, bukan per, tekak susah nak terima. Jadi aku kena rajin makan telur masin atau ikan masin supaya naiklah sikit tekanan darah aku tu.

Hari kedua mc baru larat nak jengah laman. Isy, macam setahun tak tengok laman, rindu.....bukan per menanti bunga kembang di laman. Cewahhh.....


Antaranya, rose hibrid aku yg tak berapa sihat nih. Sedihlah, aku memang gagal menanam rose hibrid.



Vanda ni pertama kali berbunga selepas beli cutting di Rawang, entahlah, dekat 2 tahun lebih jugak rasanya. Seb baik warnanya warna kegemaranku, cokelat....


JR memang tak putus berbunga,


Lily amarylisku, wahhh.......lily pemberian Kak Ju dr Segamat dah kembanglah. Aku jadi teruja bila melihat kudupnya berwarna merah. Seronok sangat, seronok sebab foc ahakss....




Bunga raya ni aku tak ingat cuttingnya diberi oleh siapa, samader Cikna atau Iza.



Ahad lepas singgah nursery otw nakke Kundang kenduri kawen anak sedara Abang Izan, benda alah ni mengeluarkan wap air, ermm....boleh tak guna untuk sejukkan orkid?



Aku menggiler tengok kekwa cantik-cantik kat situ. Menggiler jugak sebab reganya cuma RM5 per pot.





Tapi aku tak beli pun sebab takde tempat yg sesuai nak letak, takut mati pulak.Yelah, rumah aku tu ,kan panas...kering jer pulak tuh....hik..hik..hik....

Nantilah, sabar-sabar dulu tunggu masuk rumah baru. Oh ye, sempat jugaklah kami menjengah rumah kami tu kelmarin, dah pasang tingkap beb, wah..seronoknya dlm hati.

Cepatlah rumah aku siap.....

3 comments:

adiwarnatasya said...

Akak,
Suka tengok bunga-bunga tu...
Cantik...
Didoakan semoga akak cepat sihat kembali...:)

INTAN RH said...

salam ziarah. Cantiknya bunga2 ni tp sy lbh suka bunga2 ijau..mcm keladi :).

adiwarnatasya said...

Kak Shida,
Nanti datang ambil Award kat Blog adiwarna & jawab soalan2 itu...
Tq.