Selain dari kecantikkannya yang tersendiri, rose juga mempunyai wangian semulajadi yang boleh dijadikan terapi.
Blog Jualan
Friday, April 15, 2011
Rose!
Sebenarnya saya kurang mahir menanam rose. Banyak juga pokok rose saya yang dah ke syurga tak kurang juga ada yang seperti terbantut pembesarannya. Kalau hidup pun, bunga tidak kembang dengan sempurna, ditambahkan lagi dengan masalah daun berlubang akibat gigitan belalang dan penyakit scales, kanker serta segala penyakit/masalah berkenaan rose ini. Pink mini kampung. Tapi itu semua tidak membuatkan saya serik dari membeli roses. Mungkin harganya yang murah berbanding orkid. Kalau rose dari tanah tinggi memanglah agak mahal dari yang biasa tapi jenis yang itu memang saya dah give up. Rose memerlukan maintenance yang tinggi. Baja udang yang amat serasi untuk menyuburkannya berharga RM5 sepeket. Belum lagi racun serta makanan tambahan yang lain, namun segala usaha, penat lelah dan wang ringgit yang dilaburkan berbaloi dengan bunga-bunga yang mekar indah sekali. Segala pelbagai petua telah disimpan. Namun keterbatasan masa menyebabkan semua petua serta amalan penjagaan tidak dapat dilakukan dengan sepenuhnya. Rutin penjagaan selalu juga terbabas, maka hasilnya begitulah......pokok kurang sihat. Tak apa, semua tu menjadi motivasi kepada saya sendiri untuk mendapatkan pokok yang sihat serta berbunga selalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment