Lama bebenor memerap, terperap, memeram dan juga terperam blog ini. Busy ke kengkononnya tapi sebenarnya seronok melayan fb. Janganlah blog ni merajuk dibiarkan begitu lama.
Hobi tetap hobi. Hobi yg 1 ini tetap di hati.
Cumanya hobi ini dah upgrade sedikit. Hobi dan business. Saling kait mengait. Seronok juga kalau selama ini hanya membeli tetapi sekarang dah ada pembeli.
Kalau nak diikutkan hobi gardening ni masuk 6 thn. Yelah, selama 6 thn tu, pokok yg dahulunya kecil telah pun membesar dan juga beranak pinak. Tapi sebaliknya banyak juga yang dah kiok...uwaa....itu asam garam dalam berkebun. Takkan nak yang best² je,kan...macam tu juga berniaga, kadang kala untung kadang kala rugi ataupun takde sale langsung.
Celoteh tak boleh panjang² sangat, nanti pembaca bosan, isy..isy...saya amat berterima kasih pada pembaca di sini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini.
Mari kita mencuci mata pula, bunga-bunga yang indah ini harapnya menceriakan setiap insan.
Cattleya ini ...ermm, bertahun² tak berbunga. Ini kali pertama. Alhamdulillah, besar bunganya dan cantik pula. Seronok? Mestilah.....
Hoya finlaysonii. Ada beberapa pasu..banyak juga sebenarnya, yelah, nak jual,kan. Tapi yang berbunga dalam 3-4 pots shj, ada juga yang abort.
Rose. Saya kurang mahir menjaga rose. Agak cerewet dan saya pula sangat malas nak meracun. Makanya segan nak tunjuk keseluruhan daun/pokok yang berlubang, mengerekot....
Pertama kali dia berbunga di rumah baru.
Bawah pergola ni dah sesak, macam flat PPRT. Kena extend tapi modal takde, duduk jelah kat situ dulu,kann....
Dendro yg dibela sejak kecil.....
Phal violacea mmg belum pernah putus berbunga. Peminat orkid wajib ada pokok ni, rajin berbunga dan yang penting ia wangi apatah lagi bila angin sepoi² bahasa bertiup. Harga memang reasonable.
No comments:
Post a Comment