Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Thursday, November 26, 2009

Lily putih-adakah ini dikenali sbg tembaga suasa?




Aku dah lama aim lily putih ni, si sebelah sebuah rumah kosong. Ku lihat banyak anak²nya di sekeliling mother plant.
Di nursery Banting ada jual dengan harga RM35, mintak kurang pun boleh kurang RM5 jer. Erm...baik ku ambik yg ditepi jalan ni jer....he..he....tapi kena tanya dulu India kat depan tu siapa punya pokok.

Aerides odorata

Aerides odorata yg ku poslajukan dr Kk dah berbunga. Ya Allah...Masyallah....bunganya memanglah sangat cantik menawan kalbu ditambah dengan haruman rimba yang menenangkan jiwaku seketika. Pertama kali berbunga, aku bangga memilikinya.




Wish list untuk memiliki Aerides lawrencia pula.

Tuesday, November 24, 2009

Rembatan terbaru rose.

Sedih juga mengenangkan beberapa pokok rose yg mati. Ermm....memang tak dapat diselamatkan lagi nampaknya. Demi menyelamatkan yg masih bertahan, terus ku hantar ke rumah baru, di sana kurang serangan belalang. Harap semuanya dapat hidup segar bugar seperti dahulu.

Untuk mengubat duka, maka pembelian rose baru tetap dilakukan. Takkanku berputus asa malah terus menjadi perangsang untuk mempunyai lebih banyak pokok rose.

Ini rose hibrid, harganya RM10. Ku rasa cukup murah. Kalau di K4 atau Jj, mencecah RM16 untuk sepasu.


Purple tapi kecil.


Si oren yg comel ni pula dibeli di nursery yg berlainan, harganya cukup murah RM5. Seb baiklah tak banyak pilihan, kalau tidak memang berpasu² aku merembatnya...ha..ha....(tamaknya aku).


Friday, November 6, 2009

Seedpod dr dendro miniature

Kali pertama dendro. miniatureku membentuk seedpod. Mestilah seronok...harap² aku dapat menuai hasilnya nanti. Plannya nak bungkus dengan plastik supaya bila dia pecah nanti tidaklah bersepah serbuk halus benihnya itu. Manatau rezeki, tumbuh menjadi anak pokok. Insya-Allah.


Ini bunga....selepas habis berbunga dia jadi seedpod seperti ini.

Tuesday, November 3, 2009

Roses

Walaupun aku agak fail menjaga rose, tapi tetap jugak nak beli bila nampak yg berkenan kat nursery. Takpelah, belajar sikit sikit....yg pasti rasa seronok bila tengok rose berbunga. Yg menyakitkan hati apabila si belalang sibuk meratah daun dan kudup bunga.