Apa nak cerita pasal vanda.
Erm.....mereka ni terbeli secara tak sengaja. Ha..ha...boleh ker macam tu? Sebenarnya kunjungan ke Far East hanyalah untuk membelikan dendro utk MMISS, rakan dia forum cari. Tapi auntie sanggup meninggalkan makan tengaharinya untuk entertain aku. Rindu betul dia dengan aku, lama tak datang katanya. Bukan aku yg dah lama tak datang, dia yg takde, makan angin ke Thailand kata Iwan.
Auntie racun aku dengan vanda di bawah ini dengan harga yg cukup menarik. Antara byk yg ada, aku pilih yg ini, warnanya sangatlah sweet. Wangie...takyah nak cakaplah.
Lepas tu aku terpandang Mimi palmer hibrid ini pula. Wah, corak bunganya amatlah menarik, corak rimau. Aku tanya harga, ermmm....oklah juga. Kemudian carik pokok yg paling besar dengan 2 spikes. Harap² dia sempat berkembang semasa hari raya nanti. Juga sangat wangi.
Mimi palmer merah (nama yg aku beri...) ni aku pernah tanya dgn Iwan dulu. Patploh lebey.....kali ni tanya auntie kata RM30. Isy, tak ambik rugi pulak. Pokok rendah skit auntie kasik RM25. Ermm..xpelah auntie, saya ambik yg ini ajelah.
5 comments:
Ahakkk;
Bunga raya yer.
Cantiklah orkid akak...
kak, huuhuhuh...
kita mempunyai pantang yang sama...!
kata taknak beli, last2 tambah lagi 2 koleksi...
huhuuhuhuh, rabak mmg rabak...
To Adi: Hah, mcm tulah. Nyaman jiwa rasanya tengok bunga² cantik ni.
To Chekamala: Sebab tu saya malas nak gi nursery, tapi nak buat camner, nursery dgn rumah 10min jer. Kalau boring takde tempat lain selain orkid.
shida, kelas gitu ada orkid raya,aka bulan puasa ni tak terbelek pun kat orkid kembang la dia kat situ.....yg rimau tu cantik brp hg?
Shida, mimi palma kat rumah akak pun 2 pasu sedang berbunga, yang warna purple dan kuning.
Cantik2 bunga shida.
k hanim
Post a Comment