Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Thursday, March 5, 2009

Tiba² aku ada bela ayam.






Tiba² aku ada bela ayam.
Dah 2 minggu ayam ni bermastautin di rumahku. Ntah dr mana dia datang, nak kata ayam hutan, tak juga. Aku dah bertanya pada jiran tetangga kalau mereka ada kehilangan ayam, tapi takde yg mengaku. Ada yg kata mungkin ayam India dr kampung sebelah. Isy, jauh sgtlah pulak ayam ni berjalan.
Aku beri makan seperti biasa.
Selagi takde yg datang menuntut, aku anggap ini rezeki aku. Takkisah kalau dia terbang keluar..tapi selagi dia berada di perkarangan rumahku, aku akan bela dia.
Mungkin akan bawak dia masa nak pindah rumah nanti. Mungkin juga boleh mintak tolong abah buatkan reban ayam.
Buat masa sekarang aku rasa dia tidur kat atas pokok. Jangan berakkan orkid aku sudahlah yee...tahi ayam tak sesuai utk orkid! ahakkkkk.........

2 comments:

juliadam said...

shida,
kalau la rumah akak mcm rumah awak, nescaya akak dah bela ayam, dan juga kambing.hehehehe
anak akak takut ayam begitu juga dgn cousins mereka yang tinggal di kl serta kedah. tapi anak kambing mereka x takut sbb mereka kata comel.
siap tak nak balik kalau pegi melawat ladang kambing.

fzi said...

Salam Shida...
Akak dulu ada 2x bela ayam. Sepasang sepasang. Dua2 bawak balik dari kampung. Tapi malangnya dua dua kali kena rembat dekat sang u***. Lepas tu serik tak nak bela lagi..hehe Tinggallah anak2 ayam lagi dua ekor dalam reban. Walaupun jadi kesayangan anak2, akak terpaksa hantar pegi umah kakak angkat dekat Kalumpang mintak tolong bela saing dengan ayam2 dia. Nak hilangkan rasa gundah hati ini, terus mintak papa diaorang robohkan reban...huhu