Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Tuesday, March 31, 2009

My new babies

Sajerk je test power bela babies ni. Untung nasib hiduplah dia, kalau takde rezeki ada juga yg mati. Tapi nisbah kematian amatlah kecil jadi taklah risau sangat.
Ini seedling Dendro lamellatum yg Kak Tina belikan. Ada bunga pulak tu, kecik² pun dah pandai berbunga ye.
Ada macam² jenis, catasetum, sutiknoii, rhy, compot phal cc & dendro duduk sekali.
Tingkat kedua, letaknya seedlings phal hibrid Noid dan juga seedling violacea.
Seedlings phal hibrid Noid dan juga vanda.
Babies bellina berada di sini bersama vanda.
Tray tu aku beli RM4 dan clear pot tu kalau tak salah 1 RM0.10. Ada pelbagai size tapi aku beli size 2" dan 4". Rasa cam nyesal tak beli spaghnum moss di situ kerana moss dia adalah dr jenis yg terbaik berharga RM30 untuk sekilo. Belo 1/2kg pun dah byk sebenarnya.


Saturday, March 28, 2009

Catasetum idaman.




Wish list cataetum sayaaaaa....
Harap bila berjumpa nanti, saya mempunyai ongkos secukupnya sebagai pertukaran...

Order list

Pm from Kak Tina,


shida,
insyallah, akak hantar kat kejariah hari ini.
ok list awak mcm kat bawah nih yea.

1. phal hiero
2. dendro species
3. seedling lamellatum
4. seedling kunstleri
5. compot cornu cervi
6. seedling phal bellina alba (2 pot)
7. seedling sutiknoii (2 pot)
8. seedling phal koulanni
9. seedling phal violacea
10. seedling phal noid
11. cutting orchid noid
12. cutting periuk kera







Ada lagi yg belum masuk list di atas, phal ipoh star, catasetum dan bbrp..arr kurang ingat pulak.
ha..ha..ha....

Friday, March 27, 2009

Phal cornu cervi



Ini merupakan phal cc saya yg pertama, dibelikan oleh Paradox di bumi borneo.

W/pun pokoknya agak stress setelah melalui perjalanan yg panjang, bunganya kembang tetap cantik tanpa sebarang cacat cela. Seronok dibuatnya...

Thursday, March 26, 2009

Lily oren

Inilah lily pertama yg ku beli apabila mula berminat dengan lily dahulu. Masa pertama kali dia berbunga, habis diragut oleh pemotong rumput. Selepas itu, semua lily telah dipindahkan ke pasu untuk memudahkan kerja² memotomh rumput oleh ayah.

Wednesday, March 25, 2009

Try & Error

Sekiranya ada cane dendro yg terpatah, jangan dibuang begitu saje. Baringkan ia dan siramlah seperti biasa, hasilnya...taraaa..........
Keiki akan tumbuh dr cane tersebut!
X sangka percubaan saya berjaya, lama juga saya menunggunya, sangka saya, dah tak menjadi. Alhamdulillah, w/pun buat masa sekarang hanya 1 keiki yg tumbuh, jadilah....he..he..he....
Dahulunya saya bodo, saya suka potong dan buang cane yg telah gugur kesemua daunnya dan bunganya, ala...cane yg togel tulah. Atas alasan, mencacatkan pemandangan..huhh....

Monday, March 23, 2009

Bunga-bungaan.

Rose oren sebenarnyanya kaler dia,

Lily, Gardfield....di datangkan khas dr Segamat.


Epicatt, warnanya yg dah semakin pudar, warna asalnya maroon.


Lavender,

Rose pink comeinya dr Pasir Gudang, pemberian Naz.


Doritis, ada 3 pokok lagi available, ada minat?


Phal beli RM15, ada 3 pokok..mother plant dlm jagaan Naz (dgr kabarnya beranak lagi...) dan seedling pada Kak Har.


Phal ambonensis,


Coming up more pictures!

Tuesday, March 17, 2009

David Sander

Lama si david ni tak berbunga, spike selalunya kering dan dia slow grower. Lega bila spike yg baru ni menjadi....alhamdulillah, seb baik dia takmo mamanya lupa paras dia ...hik...hik..hik....

Rhy retusa alba

Rhy ini merupakan rhy kedua yg ku beli setelah yg pertamanya lebih memilih syurga drp hidup di dunia yg fana ini....he..he..he...

Harga yg sama iaitu RM35 tapi pokok yg ni lebih sihat berbanding yg ku beli dulu.

Alhamdulillah, tidak menunggu lama untuk berbunga.

Apa pun, aku harus berterima kasih pada Miza kerana telah membelikan rhy ini utk aku.

Harus diingat, dia bukan setakat cantik tetapi harumannya menyegarkan.







Tuesday, March 10, 2009

Antara yg kembang di laman hati.














































JR-Japanese Rose


Rain Lily











Tetrapis.

Tetrapislah pulak...
Bilalah agaknya aku nak tobat....ha..ha..ha....

Kerana cinta pada tetrapis, sanggupku ku kosongkan wallet.

Tetrapis merah...oleh kerana pokok yg aku beli belum berbunga, maka aku snap gambarnya dr buku shj. Mahal juga harganya, RM40. Tapi drp aku tak tidur lena asyik terkenang tetrapis, baik aku korbankan sedikit wang.















Tetrapis yg ini cuma RM20. Oklah tu reganya pada aku.

Thursday, March 5, 2009

Tiba² aku ada bela ayam.






Tiba² aku ada bela ayam.
Dah 2 minggu ayam ni bermastautin di rumahku. Ntah dr mana dia datang, nak kata ayam hutan, tak juga. Aku dah bertanya pada jiran tetangga kalau mereka ada kehilangan ayam, tapi takde yg mengaku. Ada yg kata mungkin ayam India dr kampung sebelah. Isy, jauh sgtlah pulak ayam ni berjalan.
Aku beri makan seperti biasa.
Selagi takde yg datang menuntut, aku anggap ini rezeki aku. Takkisah kalau dia terbang keluar..tapi selagi dia berada di perkarangan rumahku, aku akan bela dia.
Mungkin akan bawak dia masa nak pindah rumah nanti. Mungkin juga boleh mintak tolong abah buatkan reban ayam.
Buat masa sekarang aku rasa dia tidur kat atas pokok. Jangan berakkan orkid aku sudahlah yee...tahi ayam tak sesuai utk orkid! ahakkkkk.........

Monday, March 2, 2009

She survived!






Bulbo dari Sabah telah mengeluarkan spike...
Alhamdulillah, lega rasanya bila mereka semua hidup dan berbunga.
W/pun, ada juga 2,3 bulbo yg mati...hu..hu..hu...sedey takde rezeki nak buat camner,kan.