Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Monday, January 12, 2009

Jalan² carik Orkid Borneo.

Alhamdulillah, sekali kali dimurahkan rezeki untuk aku menjejakkan kaki di bumi Borneo. Kunjungan kali ini memang tidak ku sia-siakan untuk membeli...atau istilah sebenarnya borong kasik habis orkid yg dijual di Pasar Tamu, Jalan Gaya, Kota Kinabalu....

Bertolak dari LCCT 6.50am. Sepatutnya nak naik MAS, flight awal 4.5am, tapi rupanya telah dibookingkan Air Asia. Tak kisahlah, janji sampai. Lagipun pasar tu tutup jam 12.00tgh ke atas.

Jadi, inilah sarapan aku yg ku pesan. Makan siap² supaya sampai saje boleh terus ke pasar.


Selesai check in di Hyatt Regency Hotel, kami mula menapak menuju ke pasar. Oh..rupanya dekat sgt dengan hotel. Kalau sebelum ini tinggal di Berjaya memang jauh sangat....tinggal di Promenade pun jauh jugak, kena naik teksi tapi kali ini jalan kaki pun sudah sampai. Payung pasar boleh dilihat dari hotel penginapan kami.

Sedang mencari orkid, ternampak Japanese Rose yang dijual secara cutting begini. RM1 utk 1 ikat. Bagus idea ni, kat semenanjung belum pernah jumpa orang menjual begini.
Inilah yang ku cari,
Inilah yg kuidamkan...dah jumpa penjual orkid hutan...yahooooooooo........

Pilih..pilih.....(ops, masa membeli nih aku dah tukar slang sabah, belajar dar H.Michael@Paradox, so diorg ingat aku dari Labuan...last sekali baru bgtau dr KL...)


Dendro apa ntah nih, mmg cantik tak beli sebab dalam pasu. Camner nak bawak balik,kan...


Begitu juga dgn slipper orchid ni, very very rare katanya..alamak, cam nyesal pulak tak beli.

Penjual di sini jual orkid berdasarkan gambar sebegini...taktaulah betul ke tak gambar dengan pokok yg dijual, beli jerkk..sebab murah sangattttttttttt...........



Bulbo ni dah established kat batang kayu, so takleh nak dibeli. Berat nak bawak balik kayu, sayang & kesian kat dia kalau nak dipisahkan dr kayu tuh..takut nanti dia menyanyi, jangan pisahkan, aku dan diaa.....he..he..he....

Inilah wajah² penjual orkid di sana, semuanya saling bantu membantu melayan customer yg sorang nih, tiada dengki mendengki sesama sendiri. Baguslah mereka ini....



Akak kita nih tgh mengemas orkid untukku bawa pulang ke hotel.

Phals untuk dipilih, tapi sampai tak terpilih...ala, cam nyesal tak beli phals banyak².....

Basket ni diletakkan khas di depanku untuk dipilih...hu..hu..hu...

Phal ni RM50. Katanya memang worth it kalau belinya. Besar sangat,kan...cuma terfikir camner nak bawak balik rumah.


Orkid
ular@paraphaleanopsis...RM70 dia offer. Takmolah, dahlah besar sgt dan mahal..he.he...sebenarnya aku dah ada, dari Sabah juga. Jadinya takdelah mengidam sangat.


RM15 untuk 3 pokok yg telah dilekatkan di fern. Tak beli, sekarang nyesal....



Lagi untuk dipilih,







Kak Ju memegang phal berharga RM50.


Bersama kakak penjual orkid,



Inilah orkid ular tu,



Yg telah selamat dibawa balik ke hotel. Bayangkan mcm mana aku bawak balik smeua tuh dengan berjalan kaki dari pasar...semestinya dengan bantuan Kak Ju dan mamat penjual tu.



Setelah selamat sampai di hotel, punyalah pening nak asingkan ikut kiriman orang..hu..hu..hu...sampai ke tgh malam buat keja ni sebab esok awal pagi dia nak terbang ke rumah 'mama'nya di Paya Indah Wetlands.


Eria sp,



Dendro sp,




Variety orchids,


Caelogne,



Yg dah masuk ke dlm kotak,



Dendro lamellatum,
Ada lagi yg belum kembang, he..he..he...





Beginilah rupa kotak yg hampir terburai...hu..hu..hu..seb baik tak kena curik orkid aku tuh,


Isi kandungan dlm kotak yg telah dikeluarkan separuh,



So kena rendam dia dalam setengah jam untuk segarkan dia semula,



Untuk clump yg besar tu, terpaksa rendam dlm tong hitam besar nih,



Tengoklah tu, banyak lagi yg belum keluar dari kotak.


Rupanya ada ikut berhijrah dr borneo..he..he..he...


Caelogne multonii,




This big clump only cost me RM15

Trichoglottis,


Untuk episod memasu, menggantung, menepek akan bersambung kemudian...tunggu.

3 comments:

sha said...

Bestnyer shidah, banyak koleksi yang ko beli.... Ni yang aku tak sabar nak girumah ko nih, lain kali ko nak gi sabah aku nak ikut lah... hehehe, tapi kena bagitahu awal2 lah.... jeolous tul aku

Jue ~ mama DnD said...

dakulah satu² nya saksi brapa kotak semua yg ado....hehehe..
sib baik en.nwai kita x pengshan...huk huk
akak jugaklah yg x sempat nak menghupdate lagi pasai p sabah nie...

Anonymous said...

assalamualaikum..
nk tanya boleh ka bwk orkid dr sabah ke semenanjung
sbb dgr kata x boleh