Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Tuesday, February 5, 2008

Cara-cara melekatkan pokok pada batang kayu atau fern

He..he...tgh free ni baik aku terangkan cara-cara untuk melekatkan pokok orkid pada batang kayu atau fern.

Bahan-bahan yang diperlukan,
Sudah semestinya pokok....
Batang kayu atau fern
Spaghnum moss
Benang untuk mengikat

Ok, ini ialah pokok yang akan dilekatkan pada batang kayu, spesies bulbo.



Ini ialah fern.



Spaghnum moss hendaklah direndam dahulu selama 15min dan kemudian ditoskan. Kemudian lekatkan pada fern.


Kemudian ikatkan pokok yang telah dilapik dengan spagnum moss tadi dengan benang.
Dan inilah hasilnya..taraaaaaaaaaaaaa.............






Sekian dulu, baiiii....

Spatho putihku dikerjakan semut hitam...

Hu...hu..sedihnya hati bila bunga yg disayang-sayang rosak dikerjakan oleh semut hitam....

Aku memang perasan semut hitam ada kat situ, igtkan tidak menjadi ancaman tetapi rupanya lain pula jadinya.
Habis dia aku dah sembur dengan racum malam tadi...ha..ha....
Inilah spatho ku yang malang itu.




Monday, February 4, 2008

Dendro yang dah lama tak berbunga...









Dendro ku ini masih kecil tapi telah mengeluarkan bunga...

Gambar ni sekitar penghujung 2005 sehingga sekarang belum berbunga lagi untuk kali kedua. Malangnya, ia semakin layu dan mungkin tak idop lama lagi.

Perlu dirawat segera...















Pun sama...dah lama tak berbunga. keiki keluar dah 2 kali malangnya keiki mati akibat lebihan air di pucuknya..aduhai, masa menyiram main jirus jerkk, dah mati keiki tu baru menyesal.






Kualiti gambar memang kurang memuaskan, almaklum..masa tu masih gunakan kamera cap ayam ku ituu...hik..hik...

Mimpikan Spatho Oren....

Fuuhhhhh...selama minat dengan bunga ni tak pernah lagi termimpikan bunga, cuma malam tadi aku bermimpi terjumpa Spatho yang berwarna oren..kecantikkannya Masya-Allah, memang cantik sekali.

Terjaga dari tidur, ku lihat jam...baru jam 1 lebih...ha..ha...ha...ada peluang mimpi nak jadi kenyataan nih.

Insya-Allah...
04/02/2008
2.44pm

Friday, February 1, 2008

My collection of Spatho...

Petikan dari, http://en.wikipedia.org/wiki/Spathoglottis

'Spathoglottis is a genus of orchids (family Orchidaceae). This genus is allied to genera Acanthephippium, Bletia, Calanthe, and Phaius. This genus is abbreviated Spa in trade journals.'

Juga dikenali dengan nama Orkid Pinang atau juga Orkid Lemba. Koleksi yang aku ada lebih dr 10 pasu, sudah pastinya setiap pasu adalah berlainan, malangnya tidak semua telah berbunga.

Koleksi ku ini bukanlah semuanya aku beli, kebanyakkan barter trade dengan saudara mara dan juga rakan-rakan dari forum, cari dan juga OAPM.

Spatho ku yang pertama, di beli di sebuah nursery di Kuantan, Pahang sepulangnya dari Teluk Cempedak dengan harga RM12.00. Lebih dari 7 org telah menerima keikinya,



Yang ini aku tak beli atau barter trade, tetapi mintak dengan Nenek Ijah semasa raya tahun 2007, mulut ringan jer mintak sebab tak tahan tengok kecantikkannya..ha..ha...















Yang ini beli dr nursery di Cyberjaya ni, RM12.















Yang ini pula beli dari Zaleha Orkid, Ijok.
Beli cutting jer..he..he..nak jimat duit.















Tak beli, sbb ada org dah bagi...siapa lagi,
En Shaiful lah...








Spathoglottis plicata Blume 1825.





Beli dr Zaleha Orkid, RM10. Putihnya cukup menawan kalbu...
rasanya aku dah ada kaler putih, pemberian Kak Aisyah, tetapi
belum berbunga makan hati meronta nak beli juga yang ini.













Multicolour, beli dari tempat yang sama..














Gambar dan pokok ehsan dari Paradox, jauhnya
merantau dari Sarawak.Bukan setakat pokok yang
merantau, cacing tanah pun merantau sama..ha..ha..













Yang ini juga dah ada cuma belum berbunga, so gambar
kenalah ambil dari internet



















Dah ada, juga pemberian En Shaiful,
gambar pun pinjam dr En Shaiful.


Sebenarnya ada lagi, tapi belum berbunga..jadi kurang pasti rupa parasnya...
Sekian, dulu.

Bermulanya di sini, catatan harianku bersama orkid & tanamanku.....

Catatan ku ini khas untuk mengabadikan kenangan bersama hobi terbaru ku, iaitu menanam, menjaga, membelai orkid.

Orkid bukan hobi ku yang pertama, dahulunya aku amat fanatik dengan kaktus...terutamanya semasa belajar di UUM, Sintok sekitar 1997-2000. Sehinggalah satu kejadian yang mana kaktus ku dicuri, aku dan rakan yang lain membuat operasi bilik ke bilik mencari kaktus ku yang hilang. Jumpa jua akhirnya, lantas dengan kebiasaan aku ketika itu (kalau tak puashati tampal kata-kata amaran di pintu bilik orang), aku menampal amaran di pintu bilik si polan yg mengambil kaktus ku itu. Tak ingatlah sama ada si polan memulangkannya atau tidak...ha..ha.....aku & da geng memang brutal ...almaklumlah, Palapes..ha..ha...

Melalut pulak....

Kembali kepada orkid, orkid ku yang pertama bernama vanda kaler kuning yang di beli di Sg Buluh. Merajuk agaknya, lama ku tinggalkan mencari ilmu di kota Changlun, mati akhirnya. Sejak itu langsung takde orkid....

Orkid kedua, aku beli setelah berkahwin dan hadirnya Aliff, di Pesta Flora Putrajaya...tahun kurang pasti tetapi rasanya 2006.Memandangkan aku tinggal di apartment, maka aku cuma membeli 'baby' orkid saja...sebab takut hilang...ha..ha..setelah pokok saderiku hilang..ntah siapa pulaklah yang terdesak nak masak sup tapi takde daun saderi merembat pokok saderi ku....

Minat ku makin bertambah setelah join thread Home Gardening (http://forum.cari.com.my) di bawah sub topics 'Orchids'. Keinginan menambah koleksi sentiasa membuak, pantang berjumpa, mesti beli. Ketika itu aku masih naif, tak tahu harga pasaran..kadangkala mahal pun aku rembat juga...ermmm..maklumlah amatur...ha..ha...tetapi sekarang aku lebih bijak...

Selain di forum cari, aku juga aktif di http://www.oapm.proboards52.com/ satu lagi forum berkenaan plant tetapi kali ini lebih khusus membincangkan tentang orkid. Di sana lebih ramai sifu, pakar, otai dan segalanya tentang orkid ini.

Sebelum ku akhiri catatan pertama di dalam blog ini, ku sisipkan sebuah puisi,

Orkidku

Orkidku,
Indah parasmu bukan untuk menghiasi halaman...
Tetapi menghiasi taman hatiku...
Taman hatiku ini harus diisi
Agar ia tidak kosong
Sepertinya pernah kosong dahulu...

Orkidku,
Indah parasmu memikat hatiku...
Dengan pandangan lahiriah atau batiniah..
Tetapi lahiriah itu tidak lama
Ia akan pudar jua,
Namun pandangan batiniah ku..mengatakan..
Sesuatu yang sukar untukku
Ungkapkan dengan kata-kata..
Adakah ia ketenangan..
Kecantikkan..
Adakah ia juga kesenangan...

Mungkin ya,
Tetapi mungkin tidak...
Semakin aku mendekatinya
Semakin aku mengagumiNya...
Semakin aku insaf
Semakin aku mengejarnya..
Firdaus di kelilingi orkid,

Kerana Dialah Maha Pencipta,
Segala keindahan..
Segala kecantikan...
Segala keharuman..
Segala-galanya.

KasihMu ku harap,
CiptaanMu yang hebat..
Menjadi peneman hatiku
Yang pernah ketika dulunya kosong
Kini terisi dengan dengan keindahan
CiptaanMu...
Iaitu Orkidku..

Jumaat, 01/02/08
15.09pm