Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Friday, February 1, 2008

My collection of Spatho...

Petikan dari, http://en.wikipedia.org/wiki/Spathoglottis

'Spathoglottis is a genus of orchids (family Orchidaceae). This genus is allied to genera Acanthephippium, Bletia, Calanthe, and Phaius. This genus is abbreviated Spa in trade journals.'

Juga dikenali dengan nama Orkid Pinang atau juga Orkid Lemba. Koleksi yang aku ada lebih dr 10 pasu, sudah pastinya setiap pasu adalah berlainan, malangnya tidak semua telah berbunga.

Koleksi ku ini bukanlah semuanya aku beli, kebanyakkan barter trade dengan saudara mara dan juga rakan-rakan dari forum, cari dan juga OAPM.

Spatho ku yang pertama, di beli di sebuah nursery di Kuantan, Pahang sepulangnya dari Teluk Cempedak dengan harga RM12.00. Lebih dari 7 org telah menerima keikinya,



Yang ini aku tak beli atau barter trade, tetapi mintak dengan Nenek Ijah semasa raya tahun 2007, mulut ringan jer mintak sebab tak tahan tengok kecantikkannya..ha..ha...















Yang ini beli dr nursery di Cyberjaya ni, RM12.















Yang ini pula beli dari Zaleha Orkid, Ijok.
Beli cutting jer..he..he..nak jimat duit.















Tak beli, sbb ada org dah bagi...siapa lagi,
En Shaiful lah...








Spathoglottis plicata Blume 1825.





Beli dr Zaleha Orkid, RM10. Putihnya cukup menawan kalbu...
rasanya aku dah ada kaler putih, pemberian Kak Aisyah, tetapi
belum berbunga makan hati meronta nak beli juga yang ini.













Multicolour, beli dari tempat yang sama..














Gambar dan pokok ehsan dari Paradox, jauhnya
merantau dari Sarawak.Bukan setakat pokok yang
merantau, cacing tanah pun merantau sama..ha..ha..













Yang ini juga dah ada cuma belum berbunga, so gambar
kenalah ambil dari internet



















Dah ada, juga pemberian En Shaiful,
gambar pun pinjam dr En Shaiful.


Sebenarnya ada lagi, tapi belum berbunga..jadi kurang pasti rupa parasnya...
Sekian, dulu.

No comments: