Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Friday, February 1, 2008

Bermulanya di sini, catatan harianku bersama orkid & tanamanku.....

Catatan ku ini khas untuk mengabadikan kenangan bersama hobi terbaru ku, iaitu menanam, menjaga, membelai orkid.

Orkid bukan hobi ku yang pertama, dahulunya aku amat fanatik dengan kaktus...terutamanya semasa belajar di UUM, Sintok sekitar 1997-2000. Sehinggalah satu kejadian yang mana kaktus ku dicuri, aku dan rakan yang lain membuat operasi bilik ke bilik mencari kaktus ku yang hilang. Jumpa jua akhirnya, lantas dengan kebiasaan aku ketika itu (kalau tak puashati tampal kata-kata amaran di pintu bilik orang), aku menampal amaran di pintu bilik si polan yg mengambil kaktus ku itu. Tak ingatlah sama ada si polan memulangkannya atau tidak...ha..ha.....aku & da geng memang brutal ...almaklumlah, Palapes..ha..ha...

Melalut pulak....

Kembali kepada orkid, orkid ku yang pertama bernama vanda kaler kuning yang di beli di Sg Buluh. Merajuk agaknya, lama ku tinggalkan mencari ilmu di kota Changlun, mati akhirnya. Sejak itu langsung takde orkid....

Orkid kedua, aku beli setelah berkahwin dan hadirnya Aliff, di Pesta Flora Putrajaya...tahun kurang pasti tetapi rasanya 2006.Memandangkan aku tinggal di apartment, maka aku cuma membeli 'baby' orkid saja...sebab takut hilang...ha..ha..setelah pokok saderiku hilang..ntah siapa pulaklah yang terdesak nak masak sup tapi takde daun saderi merembat pokok saderi ku....

Minat ku makin bertambah setelah join thread Home Gardening (http://forum.cari.com.my) di bawah sub topics 'Orchids'. Keinginan menambah koleksi sentiasa membuak, pantang berjumpa, mesti beli. Ketika itu aku masih naif, tak tahu harga pasaran..kadangkala mahal pun aku rembat juga...ermmm..maklumlah amatur...ha..ha...tetapi sekarang aku lebih bijak...

Selain di forum cari, aku juga aktif di http://www.oapm.proboards52.com/ satu lagi forum berkenaan plant tetapi kali ini lebih khusus membincangkan tentang orkid. Di sana lebih ramai sifu, pakar, otai dan segalanya tentang orkid ini.

Sebelum ku akhiri catatan pertama di dalam blog ini, ku sisipkan sebuah puisi,

Orkidku

Orkidku,
Indah parasmu bukan untuk menghiasi halaman...
Tetapi menghiasi taman hatiku...
Taman hatiku ini harus diisi
Agar ia tidak kosong
Sepertinya pernah kosong dahulu...

Orkidku,
Indah parasmu memikat hatiku...
Dengan pandangan lahiriah atau batiniah..
Tetapi lahiriah itu tidak lama
Ia akan pudar jua,
Namun pandangan batiniah ku..mengatakan..
Sesuatu yang sukar untukku
Ungkapkan dengan kata-kata..
Adakah ia ketenangan..
Kecantikkan..
Adakah ia juga kesenangan...

Mungkin ya,
Tetapi mungkin tidak...
Semakin aku mendekatinya
Semakin aku mengagumiNya...
Semakin aku insaf
Semakin aku mengejarnya..
Firdaus di kelilingi orkid,

Kerana Dialah Maha Pencipta,
Segala keindahan..
Segala kecantikan...
Segala keharuman..
Segala-galanya.

KasihMu ku harap,
CiptaanMu yang hebat..
Menjadi peneman hatiku
Yang pernah ketika dulunya kosong
Kini terisi dengan dengan keindahan
CiptaanMu...
Iaitu Orkidku..

Jumaat, 01/02/08
15.09pm



1 comment:

namida said...

wah shda..
aku pon tekena racun ko la..ehehee...tapi yelah,orkid ni bule menenangkan jiwa,terutama bila dia kuar spike,tak sbr tunggu bunga,bila dah bunga dok belek lagi..ish..ish..dasat penangan oked ni...apa2pon,best puisi ko..