Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Thursday, January 19, 2012

Hoya noId tapi bunga mirip kepada Hoya Australis

Hoya noId ini berbunga dengan sangat meriah selepas beberapa abort. Mungkin dia masih dalam keadaan nak menyesuaikan dirinya dengan cuaca di tanah rendah ini (untuk pengetahuan ia diambil dr CH).

Alhamdulillah, semaian dari cutting yang diberi oleh mat bangla nursery yang berkenaan hidup tanpa banyak karenah. Sekarang dia sudah menjalar dengan sesuka hatinya (erm, pokok ada hati ke?) ke kawasan yang berhampiran.

Bunganya seperti Hoya Australi tetapi daunnya berbeza iaitu daun Hoya Australis lebih bulat seperti daun Hoya Obovata tetapi jenis ini lebih panjang dan runcing.





Close up bunganya, oleh kerana kedudukannya yang tinggi, begini sajalah hasilnya.



Ini pokoknya, dah ada rumpai yang menumpang pun payah nak cabut buang sebab pasunya digantung tinggi.

9 comments:

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Shidah,

Cantiknya hoya ni. Boleh tak kak ani nak dapatkan cutting Hoya noId. Tak kiralah kalau beli pun. Beritahu kak ani yer.

Shida said...

Waalaikumsalam Kak Ani,
Terima kaish sudi singgah sini. Utk Kak Ani boleh saje, nanti saya semaikan yee...dah hidup nanti saya pass. Insya-Allah.

Kunang-Kunang said...

Ala sayang shidah,

Rindu zaman dulu2kan. Terima kasihlah kak ani ucapkan. akak tunggu yer.

Temuk said...

Assalamualaikum
Mohon izin singgah. Saya tahu mengenai blog You're my destiny yang sungguh menarik ini daripada blog Kunang-Kunang kerana saya ada bertanya kepadanya mengenai pokok "hoya" yang saya beli di Cameron Highlands beberapa bulan lepas. Tiga drpd 4 pokok hoya itu layu setelah saya cuci daun-daunnya yang berlumut hijau tebal (memang begitu semasa dibeli) dengan tangan & air biasa. Mohon bantuan tips, andai tidak keberatan, jika ada jalan memulihkannya. Semuanya sudah pernah berbunga. Saya musykil akan jenis tanah yang baik untuknya, bajanya, serta banyak-sikitnya sinaran cahaya matahari serta siraman air. Didahului dengan berbanyak-banyak terima kasih.

Shida said...

Assalam K.Ani, Insya-Allah. Tak jadi masalah.

sama².

Shida said...

waalaikumsalam Sdr Temuk,

Terima kasih sudi singgah ke blog saya ini. Pokok² dr CH memang kadangkala agak rumit penjagaannya di kawasan rendah seperti kita diami ini. Walaubagaimanapun, hoya dr CH tiada masalah utk hidup segar dan boleh berbunga seperti biasa. Pd pendapat saya, membersihkan daun hoya itu tidak menjadi masalah kepadanya. Selepas ia layu, ada keluar pucuk baru tak? kalau saya dapat melihat gambarnya mungkin lebih senang nak kenal pasti masalahnya. Medium yg saya selalu gunakan iaitu campuran coco peat (ia ringan bila digantung & x perlu disiram selalu), sedikit tanah hitam & juga sedikit pasir.

Temuk said...

As-salam Pn Shida
Terima kasih banyak-banyak. Kalau begitu saya akan cuba tukar mediumnya dahulu dan lihat hasilnya. Memang 'cemburu' saya melihat bunga hoya puan. Insya-Allah saya akan cuba paparkan cerita bunga hoya saya satu hari terdekat. Thanks again.

Unknown said...

Asslm. Kt trngganu ke. Boleh ke nak bli sekeratan

Unknown said...

Boleh advice Nama nursery di CH yang ada jual Hoya.