Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Wednesday, April 27, 2011

Dendrobium Purpureum

Dendrobium Purpureum berbunga pada cane yg telah luruh daunnya. Sebelum ni tersalah idnya, ingatkan Dendrobium Secundum. Nasib baiklah ramai sifoo yang tolong betulkan idnya.


Seingat saya memang ada membeli Dendrobium Purpureum tapi diletakkan di tempat yang lain. Rupanya dah terlebih belilah ni....he..he....
















Saya ada membeliyang alba juga, tapi biasalah belum berbunga lagi.....tunggu next session agaknya.




Saturday, April 16, 2011

Cattleya Merah Kuning

Sudah lama juga membeli cattleya ini, mungkin 3 tahun yang lepas. Lama sudah ia tidak berbunga sehinggakan saya sendiri telah terlupa rupa parasnya, yang ingat cuma warna merah kuningnya. Saya beli pun share dengan kawan (sebab nak jimat..hik...hik...).
Rasa amat puas melihat bunganya kembang besar sebesar tapak tangan, (patutnya ambil pembaris untuk diukur). Walaupun tiada haruman yang menyerlah bunganya tahan lama.


Friday, April 15, 2011

Rose!

Sebenarnya saya kurang mahir menanam rose. Banyak juga pokok rose saya yang dah ke syurga tak kurang juga ada yang seperti terbantut pembesarannya. Kalau hidup pun, bunga tidak kembang dengan sempurna, ditambahkan lagi dengan masalah daun berlubang akibat gigitan belalang dan penyakit scales, kanker serta segala penyakit/masalah berkenaan rose ini. Pink mini kampung. Tapi itu semua tidak membuatkan saya serik dari membeli roses. Mungkin harganya yang murah berbanding orkid. Kalau rose dari tanah tinggi memanglah agak mahal dari yang biasa tapi jenis yang itu memang saya dah give up. Rose memerlukan maintenance yang tinggi. Baja udang yang amat serasi untuk menyuburkannya berharga RM5 sepeket. Belum lagi racun serta makanan tambahan yang lain, namun segala usaha, penat lelah dan wang ringgit yang dilaburkan berbaloi dengan bunga-bunga yang mekar indah sekali. Segala pelbagai petua telah disimpan. Namun keterbatasan masa menyebabkan semua petua serta amalan penjagaan tidak dapat dilakukan dengan sepenuhnya. Rutin penjagaan selalu juga terbabas, maka hasilnya begitulah......pokok kurang sihat. Tak apa, semua tu menjadi motivasi kepada saya sendiri untuk mendapatkan pokok yang sihat serta berbunga selalu.

Selain dari kecantikkannya yang tersendiri, rose juga mempunyai wangian semulajadi yang boleh dijadikan terapi.




Ring of fire, dari jenis miniature.




Sampai bertemu kembali, saya menanti roses dari Siam berbunga sakan.