Bulan pertama tahun 2011 semakin menjauh. Satu cita-cita dan impian untuk 2011, nak tender resignation. Ek ehh....dalam masa orang lain sibuk mengukuhkan karier dan mengejar pangkat yang lebih baik, saya berfikiran sebaliknya. Ha yelah, sebab setiap orang tidak sama impian mereka.
Kih...kih.....kih...bukan apa, rasa cemburu bertandang melihat pokok-pokok rose kawan-kawan seHome Gardening yang sihat, segar, subur, gebu dan segala kecantikan anugerah Ilahi padanya berbanding pokok rose saya yang daunnya berlubang dimakan belalang, daun yang mengerekot kehitaman, ulat, fish eggs yg menyerang pokok spathoglottis, bena, thrips dan segala penyakit yang menjangkiti bukan hanya pokok rose, orkid, hoya, limau purut malahan pokok kesum saya pun diserang semut api. Oleh itu, setiap minggu saya menanti hujung minggu (itu pun nasib baik kalau tak kena keja....) dan juga belum kira nak mengajar Aliff & Asyraaf. Semoga Allah Yang Maha Pemurah memurahkan rezeki kami, amin.
Bunga-bungaan ini jugalah yang menjadi terapi jiwa tatkala jiwa resah dengan tugasan seharian. Bunga-bungaan inilah yang menggamit perasaan untuk kembali ke rumah ketika stress menghadap....
Menikmati keharuman semulajadi bunga-bungaan ini memberi kedamaian di jiwa. Di rumah yang tiada pokok bunga merupakan satu kerugian pada fikiran saya.
Jadi marilah berkunjung ke nursery yang berdekatan untuk mendapatkan terapi jiwa anugerah dari Yang Maha Esa. Insya-Allah.....semoga kejayaan itu bersama kita.
No comments:
Post a Comment