Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Friday, April 9, 2010

Penyakit..penyakit ...penyakit....tensen!

Penyakit yg menyakitkan hati dan juga poketku...yelah kalau si pengidapnya mati terbang RM yg dilaburkan dulu,kan....ini dinamakan Fungal Root Rot caused by Rhizoctonia spp.

Pada petang yg indah sekembalinya dr pejabat ketika sesi menyiram tanaman kesayangan, terperasan spatho yg segar bugar pada mulanya telah semakin kecil clumpnya....terdetik juga di hati, janganlah penyakit biji² putih tu...rupanya yee...apalagi....uwaa......bila aku cuba mencabut bulb spatho telah pun busuk, cuma daun dan bunganya saje yg masih menten berdiri tegak sedangkan bulb di dalam tanah membusuk.....bukan setakat spatho yg menjadi mangsa, sebelum ini Japanese Rose, rain lily, harum sundal malam malah walking iris 1 pasu pernah menjadi mangsa kekejaman.

Penyakit yg satu ini kalau dah menyerang memang perlu dirawat segera jika tidak...selamat menuju ke syurgalah jawabnya.

Kalau dahulu, rawatam yang ku berikan kepada spatho ini, aku keluarkan semua bulb beserta akar (cabut dgn penuh berhati² ye) ku cuci akar dan bulb dengan air paip sebelum ku sembur dengan malathion atau juga pernah dengan ridsect waterbase......kemudian aku tanamkan semula di pasu lain dengan menggunakan tanah baru. Tanah yg lama ku biarkan dahulu.

Menurut Khairi, rakan seforum juga rakan segila orkid, hoya dsbnya, rawatan yg terbaik ialah menggunakan Racun kulat thiram.

Memandangkan racun ini bersifat serbuk, maka taburkan ia di sekitar kawasan yang telah dijangkiti. Maklumat lanjut sila dapatkan di http://tangansejuk.blogspot.com/2010/04/penyakit-bahaya-untuk-orkid.html


Gambar ihsan dr Kejariah (sbb gambar sendiri dah deleted kenalah pinjam gambar org len...)


Sayangi tanaman kita dengan pemeriksaan teliti sekiranya melihat perubahan yang tidak baik pada pokok telah berlaku. Saya pun redha dengan pemergian spatho yg beli dr Cheah ke syurga...selepas ini pastinya akan kembali lagi ke Cheah bukan setakat mencari pengganti spatho tetapi juga Thiram, mesti Cheah ada jualkan!

Thursday, April 8, 2010

Hippeastrum Puniceum species


Sekian lama menjejakkan kaki ke Far East dan melihat deretan lily tanpa bunga, ringan saje mulut ni bertanya bunga color apa, cantik ke tidak dan paling penting berapa RM. Auntie tu pula laju saje menjawab 'ini Us mali maa....memang mahal sikit lorrr....'


Yelah tu auntie, apa² jelah.....lalu meninggalkan lily tersebut terus ke para orkid pula.

Kedatangan yg kali ntah ke berapa bersama Kak Sofie, sebenarnya Kak Sofie nak membeli hoya finlaysonii kebetulan lily ni kembang. Tanya harga RM25 tak boleh kurang...US mali...hu..hu..yelah tu auntie, sikit² US.
Rupanya gambar yg ditepek di http://eforum3.cari.com.my telah menarik perhatian Otai Lily (gelaran yg forumers beri..he..he...) yg mengatakan lily ini rare maka berlumba²lah kami membelinya semasa rombongan Cik Kiah ke FE.
Hasilnya....taraa.....
Untuk lebih detail, bolehlah berkunjung ke http://amaryllisgarden.blogspot.com/ . Banyak informasi berkenaan lily di sana....