Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Tuesday, October 6, 2009

Berhari raya di rumah sahabat-Shah

Sahabat baikku sejak 1995 hingga kini-Shah.
Aku suka sangat ke rumahnya sebabnya tuan rumah mempunyai hobi serupa dengan aku, bercucuk tanam. Juga amat minat dengan orkid. Banyak juga koleksi orkid tuan rumah, boleh tahan sangat.


Tapi kali ni aku amat tertarik dengan tanaman hiasan bernama Tillandsia ini. Nama spesifiknya tak retilah aku tapi tumbuhan ini amat mudah dijaga, hidup tanpa medium dan hanya perlukan air, udara dan cahaya untuk hidup.


Jom kita tengok koleksi Tillandsia milik parents Shah.


Rumah orkid. Banyak koleksi orkid kat bawah ni. Tapi aku gerammmm sangat dengan cattleya..kih..kih...


Brassia ni kalau tak salah. Kalau salah, ya ampun.

Yang di bawah pergola.




Aku paling berkenan dengan yg ini, tengoklah tu kalernya lembut sangat. Shah, kalau ada anak tukar cattleya kita barter trade nak tak...he..he....


Ini ntah apa namanya,


Last sekali kita posing ngan tuan rumahlah..he..he....terima kasih sudi menyambut kedatangan kami sekeluarga. terima kasih atas mee/mihun tomyam yg sedap tu. Terima kasih juga pada buah tangan yg dibekalkan, akan ku jaga pokok² itu sebaik mungkin.


Baiii............