Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Thursday, October 30, 2008

Rose pulaklah...

Bertambah lagi sepasu rose di rumah. Harap² panjanglah usianya dan tahan serangan belalang....he..he...

Cuma RM10 sepolibeg di nursery depan hospital Banting.


Close up bunganya...

Yg lain² ni tak beli, lagi waiting list dulu....

Spatho light pink, sama tapi tak serupa.

Sungguh aku tak sangka yg aku mempunyai 2 pasu spathoglottis atau orkid pinang yang seakan sama warnanya. Wondering, who gave me. Beli.....rasanya tidak sama sekali.

Gambar yg pertama ini diberi oleh Kak Aisyah, yg kedua itu tak tahu siapa gerangannya.

Yang ini, memang banyak seed pod yang keluar selepas bunganya habis. Insya-Allah, akan aku cuba membiakkannya. Kalau menjadi, syukur, murah rezeki aku. Alhamdulillah.




Aku masih menanti spatho purple, kuning, putih dan mungkin juga merah untuk berbunga.
Amin...

Japanese Rose Hybrid

Cukup puashati bila si comel ini menghiasi laman yg tak seberapa.....

Close up bunganya...

Selamat difaraid pada MHatta, penerima seterusnya Anggerik.

Monday, October 20, 2008

Seronoknya kalau boleh buat mcm ni kat rumah....

Lokasi di Palace & Spa, Mines sewaktu aku menghadiri training selama 2 hari di sana. Bila rakan² yg lain nampak, semuanya panggil....oked...oked....ek eh, ramai pulak yg tahu aku minat orkid...he...he..he...

Bestnya kalau aku boleh buat macam tu kat rumah, cuma mana nak dpt batang kayu mati macam tu. Kalau ada pun, nak ker abang bawak balik rumah utk aku....





Ek ehh.....ada org kat sebelah pulak.....

Potinara Burana Beauty


Jangan tersasul tersebut pontianak sudahlah yee.....he..he...

Merah kuning warnanya, bau wangilah pulak tuu.....
Kali kedua berbunga.

Lily oren/peach

Aku ni punyalah excited bila lily yg ditanam dah berbunga. Hati mana yg tak seronok...cantikpulak tu bunganya, kaler oren ada, peach pun ada.....tengok pokok sebelahnya, pun ada batang bunga baru yg naik.....



Alih² esoknya aku tengok lily ku telah menyembah bumi...


"Abang...o.. abang....abang potong rumput ke potong bunga mama?"
"A'ah...terkena sikit, dekat sangat dengan rumput...."
"Tu bukan terkena bang, itu potong namanya.....kenapa senyap jer, tak cakap dr petang semalam, bolehlah letak kat balang dr semalam lagi..."
"Itulah, susahlah pokok kat tanah, pindahkan masuk pasu jer...."
"Ok jer nak buat kerja pindah memindah, jom kita pegi nursery kat Banting tu, beli pasu Baba yg panjang tu......"
Begitulah alkisahnya, pegi Banting, beli pasu Baba jer RM60 (RM15x4). Murah RM3 drp harga kat Nursery JJ, Equine Park. Alih punya alih, kurang 4 pasu lagi. Ermmmm...nakken alabur lagi 4 pasu gamaknya...



Spatho lagi....

Si cantik manis...menggoda hati....

Ada sesiapa ingat lagu tadi...(lagu dengar di Klasik FM), itulah yg harus ku tujukan pada saptho ini.



Tapi, cuma ada 3 keiki jadi tak dptlah nak difaraidkan, lom cukup sedia...spatho yg lain², insya-Allah....

Pembiakkan Rain Lily

Aku memang rajin menelek pokok dengan harapan setiap pokok memberi kejutan kepada tuannya. Begitu juga dengan Rain Lily putih ni.
Inilah biji benih.....

Lalu dikumpulkan dapatlah sebanyak ini. Banyak juga tauu...



Lalu ku taburkan ke dalam 2 polibeg kecil.
Dan hasilnya..taraaa........

Tumbuhlah anak² pokok dari biji benih yg ditanam...nak kasik dia cepat besar dan subur, kena bubuh baja tahi ayam. Kalau dah dewasa nanti bolehlah dialihkan ke tanah atau pasu.

Harap² dia membesar sebagai johan....



Rain lily putih,


Rain lily kuning,


Rain lily pink,

Seronok, puas semua adaa......