Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Wednesday, August 20, 2008

Aktiviti berkebun...

Alhamdulillah, sejak berpindah dr apartment ke rumah teres semi-detached (sewa ngan Kak Ina jer...he..he..), makin suburlah minat berkebun aku. Tanah kosong yg agak luas tidak ku sia-siakan. Setiap inci tanah akan ku manfaatkan sepenuhnya....he..he...semangat tul aku ni.

Ok, aktiviti berkebun ku dimulakan dengan menanam sayur kangkung dari keratan batangnya sehingga ke akar.Alhamdulillah, tengok tu, banyak daun baru yg tumbuh.


Ulam raja, benih yg ku semai masih tak menampak pucuk, agaknya sebab benih tu dah lama sangatlah. Anak ulam raja ni adalah hasil pemberian Sdr Hatta, rakan di cari.com. Harap² dia akan membesar sebagai johan.



Koleksi pokok limauku, buat masa sekarang ada 4 jenis. Limau purut, limau kasturi, limau kasturi belang dan juga limau kerat lintang. Jgn terkejut kalau tak pernah dengar limau kerat lintang ni. Pokok pemberian Kak Hasnah atau lebih dikenali dengan nick Ayasofiya di cari.com merupakan sejenis limau yg hampir pupus dan hanya terdapat di Kelantan. Pokok ini adalah hasil dari semaian biji dari buah yg sudah tua. Buahnya berbau wangi dan diperah airnya ke dalam budu.
Setelah dibubuh baja tahi ayam, dia semakin subur.

Limau kasturi.

'Mahkota' nenas ni ku beli di MAHA 2008, RM2 utk 3. Rembat jelah....pikir apa lagi.


Yang selamat ditanam,




Pisang tidak ketinggalan, anak pokok pisang hasil tisu kultur ini dibeli di booth MARDI di MAHA 2008. Cuma RM2 setiap pokok. Ini pokok pisang berangan.

Anak pisang emas..


Serai wajib ditanam utk bahan memasak...juga pemberian Sdr Hatta.


Anak pokok tomato,


Anak pokok terung bulat,

Kacang mior..opss juga dikenali dengan nama bendi.

Ini bukan sayur, tetapi pokok herba. Misai kucing. Senang tanam kat tanah jer...
Ada lagi yg lain², kunyit dan pandan tapi tak snap. Insya-Allah, dari semasa ke semasa akan diupdatekan....

2 comments:

Anonymous said...

Woa Mod Alif ...semangat waja ...

sha said...

wah bestnyer... aku suka tgk ko bercucuk tanam, nanti raya kalau ko nak pokok2 hiasan kat rumah aku ko ckp jek, boleh menmbahkan koleksi laman rumah ko