Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Friday, August 29, 2008

Peruvian Lily, aka Eucrosia Bicolor

Lily ni jauh asalnya, dari Peru....he..he...tapi beli kat Nursery Dengkil jer.....
Ramai yg kata agak unik dan belum pernah nampak.
Harap cepatlah dia membiak, membuahkan bawang lebih banyak.
Terima kasih Naz kerana mencari namanya.



Rain Lily Pink

Entry terbaru ku tidak banyak orkid tetapi itu tidak bermakna aku sudah melupakan orkid. Orkid tetap di hati.....

Cuma aku telah mempelbagaikan tanaman, baik syuran atau pokok hiasan. Bak kata org, the more the merrier....he..he..he.....

Cinta ku tertumpah juga pada lily. Ini rain lily yg baru dibeli, nak tanam tepi longkang.

Kaler pink, cukup menawan hati. Aku sedang mencari yg putih pula.



Wednesday, August 20, 2008

Aktiviti berkebun...

Alhamdulillah, sejak berpindah dr apartment ke rumah teres semi-detached (sewa ngan Kak Ina jer...he..he..), makin suburlah minat berkebun aku. Tanah kosong yg agak luas tidak ku sia-siakan. Setiap inci tanah akan ku manfaatkan sepenuhnya....he..he...semangat tul aku ni.

Ok, aktiviti berkebun ku dimulakan dengan menanam sayur kangkung dari keratan batangnya sehingga ke akar.Alhamdulillah, tengok tu, banyak daun baru yg tumbuh.


Ulam raja, benih yg ku semai masih tak menampak pucuk, agaknya sebab benih tu dah lama sangatlah. Anak ulam raja ni adalah hasil pemberian Sdr Hatta, rakan di cari.com. Harap² dia akan membesar sebagai johan.



Koleksi pokok limauku, buat masa sekarang ada 4 jenis. Limau purut, limau kasturi, limau kasturi belang dan juga limau kerat lintang. Jgn terkejut kalau tak pernah dengar limau kerat lintang ni. Pokok pemberian Kak Hasnah atau lebih dikenali dengan nick Ayasofiya di cari.com merupakan sejenis limau yg hampir pupus dan hanya terdapat di Kelantan. Pokok ini adalah hasil dari semaian biji dari buah yg sudah tua. Buahnya berbau wangi dan diperah airnya ke dalam budu.
Setelah dibubuh baja tahi ayam, dia semakin subur.

Limau kasturi.

'Mahkota' nenas ni ku beli di MAHA 2008, RM2 utk 3. Rembat jelah....pikir apa lagi.


Yang selamat ditanam,




Pisang tidak ketinggalan, anak pokok pisang hasil tisu kultur ini dibeli di booth MARDI di MAHA 2008. Cuma RM2 setiap pokok. Ini pokok pisang berangan.

Anak pisang emas..


Serai wajib ditanam utk bahan memasak...juga pemberian Sdr Hatta.


Anak pokok tomato,


Anak pokok terung bulat,

Kacang mior..opss juga dikenali dengan nama bendi.

Ini bukan sayur, tetapi pokok herba. Misai kucing. Senang tanam kat tanah jer...
Ada lagi yg lain², kunyit dan pandan tapi tak snap. Insya-Allah, dari semasa ke semasa akan diupdatekan....

Monday, August 18, 2008

Kutu / bena putih

Kutu

Tahukah anda Bawang putih sangat berguna dalam kehidupan kita seharian,Selain dari sedap dimakan dlm masakan atau jeruk, ianya sering kali digunakan bagi tujuan menghalang unsur2 jahat/"dark site".ianya amat berguna bagi menghalang proses pembiakan kutu2 pada pokok.

Ada 4 cara utk mengatasi masalah kutu pada tumbuhan,pilih mana satu.
Cara 1,
Bahan-bahannya
1. Bawang Putih.
2. Lada Kering
3. AirCara-caranyaRebus bawang putih yg ditumbuk lumat dgn kulit2 + lada kering disembur air rebusan tersebut pd pokok sasaran.
Air rebuasan ini tahan dlm sehari dua shj. (Busuk jika simpan lama).

Cara 2,Bahan-bahannya
1. Bawang Putih.
2. Air
Cara-caranya
Rendam bawang putih yg ditumbuk lumat dgn kulit2 semalaman disembur air tersebut pd pokok sasaran. Air ini tahan dlm sehari dua shj. (Busuk jika simpan lama).

Cara 3, MINYAK BAWANG PUTIH
Bahan-bahannya
1. Bawang Putih.
2. Minyak Kacang
3. AirCara-caranyaCampur minyak kacang & bawang putih yg ditumbuk lumat dgn kulit2peram kedua2 bahan tersebut selama 1 minggu.
Ambil 1 sudu makan minyak bawang putih dicampurkan dgn 1 sudu makan sabun sunlight dan dicairkan dgn 1 liter air. Sembur air tersebut pd pokok sasaran.
Minyak Bawang Putih ini tahan lama.

Cara 4,
Bahan-bahannya jari
Cara-caranyapicit-picitkan kutu tersebut dengan geramnya

Petikan dari http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=223210&extra=page%3D1&page=3

Thursday, August 14, 2008

Ros kampung rumah mak...


Cinta beralih arah?

Tidak sama sekali, cuma semakin bertambah.

Kunjungan ke nursery di Banting tidakku sia-siakan dengan membeli pokok rose idaman. Bunganya besar, cantik, wangi.....bisa menenangkan perasaan.

Aku beli 2 kaler, merah dan juga pink. Nak beli banyak² takut ayah bising....

Ini kudupnya,


Kaler pink....alahai, cantiknya.........


Merah, harumannya mewangikan taman hati.....


Insya-Allah, koleksi akan bertambah mengikut kemampuan....he..he..rose tidaklah semahal orkid.

Bellina..

Ini merupakan bellina yg ku beli di LC. Harganya? RM15, cukup puashati.....

Bunganya yang kembang di taman ....
Wajib dimiliki bagi peminat orkid!