Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Wednesday, July 23, 2008

Rombongan Cik Kiah ke Lum Chin Nursery.

Rombongan Cik Kiah .......

Memang dah lama plan nak buat rombongan 'Cik Kiah' ke nursery orkid. Tunggu punya tunggu maka terlaksanalah juga pada 27/06/2008 (bersempena dengan birthday ku, ambik coti pegilah terapi minda.....)

Geng dr Putrajaya ada 3 org, biasalah Sifoo Shaiful merangkap pemandu, aku dan Alycia....

Geng lagi seorang tunggu kat Bukit Jalil iaitu SarahAisyah dan kami terus menuju ke lokasi.

Tiba di sana lebih kurang jam 11.00am.Waaahhhh....memang begitu teruja melihatkan ladang orkid yg begitu luas....saujana mata memandang.

Setelah berkenalan lebih kurang sedikit dengan owner, kami dah tak sabar nak melihat, menelek, membeli ...memborong orkid.

Sejam kemudian, sorang lagi geng tiba. Dalam masa yg singkat saje, dia punya pokok lebih drp pokok yg kami beli...hu..hu....

Inilah geng memborong orkid pada hari itu.....

Teka yg mana satu kami.....


Penat berjalan posinglah kejap. Ajak owner, tapi dia malu, ugly katanya.....



Kalau shopping kat Tesco, sorong troli, shopping kat nursery kena masuk kereta tolaklah jawabnya....



Bersama Tuanku Bainun...ops, orkid ni nama dia Tuanku Bainun. Next trip boleh belilah....


Yang di depan ni adalah dendro miniature, tengoklah tu berapa dulang....manyaknya......samabt sepokok utk hiasan di pejabat.



Jom kita cuci mata pulak dengan orkid yg ada di sana....


Catasetum ni cantik, takde keberanian mau tanya halaga nya.....hu..hu...







Cattleya Meery song, sambar sepasu utk EG. Penerima bertuah tentunya Mangifera...




Cantik warnanya...kombinasi putih dan light purple.



Si curly yg menawan hati.







Cantiklah vanda nih..kenapa aku tak beli ye....

Oncidium oren...






Kecil saje bunganya...




Banyaknya epidendrum di sini...pelbagai warna.























Hampir 2 jamlebih kami di sana, tiba masanya utk pulang. Setiap org dpt ole² dr Kak SarahAisyah. Mekasih bebanyak......
Insya-Allah, berjumpa lagi dalam sesi akan dtg. Harapnya masa tu lebih ramai geng cari.com akan join. The more the merrier...
Letih memang letih tapi menyeronokkan. Rasanya, jualan kepada kami saja cecah 1k jugaklah...
Nak balik, abislah avanza Abg Shaiful penuh dgn pokok kami.....
Seronok memang seronok, nanti nak pegi lagi.

2 comments:

Anonymous said...

mahal tak orkid kat nursery ini.saya ada beli beberapa orkid dari MAHA 2008 yang baru baru ini dari booth dia. memang orkid dari nursery in cantik dan boleh minta kurang sikit.

Dapat gaji nanti nak survey nursery dia.

Anonymous said...

lebih murah kalau beli terus dari kebun. kalau kat Maha mahal rm5-10. saya biasa beli kat sini. Murah berbanding kat pasar atau pameran.