Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Friday, July 25, 2008

Wednesday, July 23, 2008

Rombongan Cik Kiah ke Lum Chin Nursery.

Rombongan Cik Kiah .......

Memang dah lama plan nak buat rombongan 'Cik Kiah' ke nursery orkid. Tunggu punya tunggu maka terlaksanalah juga pada 27/06/2008 (bersempena dengan birthday ku, ambik coti pegilah terapi minda.....)

Geng dr Putrajaya ada 3 org, biasalah Sifoo Shaiful merangkap pemandu, aku dan Alycia....

Geng lagi seorang tunggu kat Bukit Jalil iaitu SarahAisyah dan kami terus menuju ke lokasi.

Tiba di sana lebih kurang jam 11.00am.Waaahhhh....memang begitu teruja melihatkan ladang orkid yg begitu luas....saujana mata memandang.

Setelah berkenalan lebih kurang sedikit dengan owner, kami dah tak sabar nak melihat, menelek, membeli ...memborong orkid.

Sejam kemudian, sorang lagi geng tiba. Dalam masa yg singkat saje, dia punya pokok lebih drp pokok yg kami beli...hu..hu....

Inilah geng memborong orkid pada hari itu.....

Teka yg mana satu kami.....


Penat berjalan posinglah kejap. Ajak owner, tapi dia malu, ugly katanya.....



Kalau shopping kat Tesco, sorong troli, shopping kat nursery kena masuk kereta tolaklah jawabnya....



Bersama Tuanku Bainun...ops, orkid ni nama dia Tuanku Bainun. Next trip boleh belilah....


Yang di depan ni adalah dendro miniature, tengoklah tu berapa dulang....manyaknya......samabt sepokok utk hiasan di pejabat.



Jom kita cuci mata pulak dengan orkid yg ada di sana....


Catasetum ni cantik, takde keberanian mau tanya halaga nya.....hu..hu...







Cattleya Meery song, sambar sepasu utk EG. Penerima bertuah tentunya Mangifera...




Cantik warnanya...kombinasi putih dan light purple.



Si curly yg menawan hati.







Cantiklah vanda nih..kenapa aku tak beli ye....

Oncidium oren...






Kecil saje bunganya...




Banyaknya epidendrum di sini...pelbagai warna.























Hampir 2 jamlebih kami di sana, tiba masanya utk pulang. Setiap org dpt ole² dr Kak SarahAisyah. Mekasih bebanyak......
Insya-Allah, berjumpa lagi dalam sesi akan dtg. Harapnya masa tu lebih ramai geng cari.com akan join. The more the merrier...
Letih memang letih tapi menyeronokkan. Rasanya, jualan kepada kami saja cecah 1k jugaklah...
Nak balik, abislah avanza Abg Shaiful penuh dgn pokok kami.....
Seronok memang seronok, nanti nak pegi lagi.

Tuesday, July 22, 2008

Rose-percubaan pertama tidak menjadi

Teringin pula nak mencuba rose. Inilah hasilnya, rose yg dibeli di C4. Sebenarnya rose ini dr tanah tinggi, agak sukar nak sesuaikan dengan suasana di tempat baru.

Lagipun aku sudah tersalah langkah, kalau dijaga betul² tentu tak mati.

Inilah rose yg hanya tinggal kenangan...seb baik ada gambarnya utk tatapan....waaaa....



Mini rose ni snap kat rumah Kak Ina. Cun jugak, kan......

Bunga kesidang

Pokok ini terdapat di kedai makan ...........
Baunya sungguh harum seperti pandan.

Rupanya inilah pokok bunga kesidang....




Insya-Allah, kalau dah ada rumah sendiri nanti, nak tanam jugak pokok nih.

Doritis Pulcherima

Ada yg kata doritis ku ini cun...kerana petal atasnya ada kaler merah.

Sebagai tuan punya, mestilah aku bangga, dahlah beli pun murah jerk, RM5..he..he...



Yg ini pulak belum tercapai hasrat utk membelinya, sbb kat nursery yg ku jumpa doritis alba ni jual mahal sesangatnya, tapi ada yg dah tawarkan diri nak belikan...sapa tu..