Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Thursday, January 19, 2012

Hoya noId tapi bunga mirip kepada Hoya Australis

Hoya noId ini berbunga dengan sangat meriah selepas beberapa abort. Mungkin dia masih dalam keadaan nak menyesuaikan dirinya dengan cuaca di tanah rendah ini (untuk pengetahuan ia diambil dr CH).

Alhamdulillah, semaian dari cutting yang diberi oleh mat bangla nursery yang berkenaan hidup tanpa banyak karenah. Sekarang dia sudah menjalar dengan sesuka hatinya (erm, pokok ada hati ke?) ke kawasan yang berhampiran.

Bunganya seperti Hoya Australi tetapi daunnya berbeza iaitu daun Hoya Australis lebih bulat seperti daun Hoya Obovata tetapi jenis ini lebih panjang dan runcing.





Close up bunganya, oleh kerana kedudukannya yang tinggi, begini sajalah hasilnya.



Ini pokoknya, dah ada rumpai yang menumpang pun payah nak cabut buang sebab pasunya digantung tinggi.

Hoya Cororania White

Assalamualaikum semua.

Lama sungguh membiarkan rumah ini bersawang dek kesibukan di pejabat katanya...he...he....

Nak share di sini yang Hoya Cororania White yang diambil di Rompin telah berbunga sebenarnya untuk kali kedua di peduncle yang sama.

Seronok rasanya sebab dia ambil tempoh masa yang agak panjang untuk berbunga selepas ditanam dari keratan batang.


Bunganya sebelum kembang, cuma 2 kuntum saja yang menjadi, selainya abort.



Bila dah kembang, hati pun mengembang keseronokkan....itulah nikmatnya menanam pokok.



Alhamdulillah.